PULAU PINANG, 10 Ogos 2017: DAP melahirkan rasa kesal terhadap tindakan UMNO dan pertubuhan yang menyokongnya [PERKASA] mempersoalkan keturunan pemilik sejumlah besar saham syarikat penerbangan Malindo Air.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ia sengaja dibangkitkan dua kumpulan terbabit semata-mata untuk meniupkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Sudah tiba masanya untuk kita berhenti bermain api perkauman semata-mata untuk mengekalkan kedudukan mereka yang berkuasa.

“Adakah wajar kita merasa cemburu dan mendoakan yang buruk hanya kerana mereka bukanlah daripada bangsa atau etnik kita?” soalnya dalam kenyataan lapor portal RoketKini.

Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) seperti dilaporkan media mempersoalkan pemilikan 46 peratus saham Malindo Air oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan, Chandran Rama Murthy dan isterinya.

Tambah mengesalkan, kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, tindakan kumpulan itu muncul selepas beberapa minggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).

“Jelaslah bahawa pelan tindakan masyarakat India ini hanyalah bersifat pura-pura kerana isu ketiadaan kad pengenalan membabitkan kaum India masih tidak selesai sehingga kini.

“Malah kini isu pemilikan saham dalam syarikat penerbangan pun hendak dipersoalkan,” katanya.

Tindakan itu turut mendapat kritikan bekas Ketua CEO Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

“Kenapa mereka (Pemuda UMNO dan PERKASA) nak kecoh? Mengikut dasar kerajaan, selagi ia dimiliki rakyat Malaysia, ia tidak menjadi masalah tidak kira dia Melayu, Cina atau India.

“Dia rakyat Malaysia, kan? Jadi, tidak ada isu,” katanya dipetik laporan Free Malaysia Today (FMT).

KLIK BACAPejabat anak diserbu LHDN, saya sedia disiasat – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK BACA: Zahid hina keturunan Mahathir tetapi akhirnya sendiri terpaksa sumpah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP