Tony Pua mengulas kenyataan Johari kononnya Kementerian Kewangan tidak pernah memberi bantuan dana awam kepada 1MDB untuk membayar hutangnya. – Foto FMT

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani barangkali menyangkakan rakyat Malaysia bodoh boleh mempercayai cakap mengarut bagi menutup skandal 1MDB.

Kata Tony, Kementerian Kewangan telah berkali-kali menyelamatkan 1MDB sepanjang tempoh dua tahun lalu, melibatkan dana pembayar cukai berjumlah berbilion ringgit.

“Antara contoh paling jelas ialah pinjaman SOCSO berjumlah RM800 juta dan sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia yang diambil alih oleh Kementerian hasil pengambilalihan TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd.

“Ketua Audit Negara telah melaporkan hampir kesemua hasil pinjaman 1MDB untuk projek-projek di atas langsung tidak digunakan untuk pembangunan dua projek tersebut.

“Justeru itu, apabila Kementerian Kewangan bersetuju untuk mengambil alih projek-projek ini serta mengambilalih liabilitinya, Kementerian telah menyelesaikan hutang RM3.2 bilion 1MDB,” jelas Tony seperti dilapor portal RoketKini.

Bukan sahaja itu, Tony juga menjelaskan bahawa apabila 1MDB menjual 60% kepentingannya dalam Bandar Malaysia kepada konsortium yang diketuai Iskandar Waterfront Holdings (IWH), RM741 juta telah dikutip ketika perjanjian jual beli itu ditandatangani.

Pun begitu, ketika Kementerian membatalkan jualan terbabit kerana masalah pembayaran IWH, pihak Kementerian lah yang terpaksa mengeluarkan dana RM741 juta untuk membayar semula deposit konsortium tersebut.

“Kita faham masalah yang dihadapi Datuk Johari sehingga terpaksa menegakkan benang yang basah demi menjaga hati Perdana Menteri.

“Tetapi tidak boleh lah sampai perlu berbohong dan mengelirukan orang ramai,” ujar Tony sambil menambah bahawa Johari khabarnya telah digugurkan daripada terus menguruskan masalah berkait 1MDB, terutamanya yang berkait syarikat dana berdaulat Abu Dhabi, IPIC.

Semalam 8 Ogos, 2017, 1MDB dan Kerajaan Malaysia sekali lagi gagal menepati tempoh tambahan yang diberi oleh IPIC bagi melangsaikan bayaran sebanyak RM2.58 bilion yang sepatutnya diselesaikan 1 Ogos lalu.

IPIC dilaporkan telah memberi tempoh lanjutan sehingga sambutan Hari Kebangsaan ke-60 31 Ogos hadapan, dengan syarat separuh daripada pembayaran pusingan pertama sebanyak US$310 juta dibayar pada 12 Ogos ini.

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Seakan halalkan 1MDB pindah hutang kepada rakyat, saran PAS bawa Arul berdepan Parlimen – Rafizi

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK BACA: Zahid hina keturunan Mahathir tetapi akhirnya sendiri terpaksa sumpah – Datuk Kadir Jasin


Tolong Komen & Share