Tuan Ibrahim telah mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk presidennya Arul Kandasamy. – Foto TITM Facebook

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesediaan presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berjumpa dengan PAS mungkin kerana parti itu mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

Tuan Ibrahim mengumpamakan skandal 1MDB seperti ‘nasi yang sudah menjadi bubur’ dan menegaskan bahawa apa juga yang berlaku kepada pelakunya, hutang 1MDB masih perlu ditanggung oleh rakyat.

“Kalau pun ada kerajaan baru selepas PRU-14 dan semua yang terlibat menyeleweng berjaya ditangkap serta disumbat ke dalam penjara, namun hutang 1MDB masih perlu ditanggung rakyat dan kerajaan yang baru.

“Masalah 1MDB wujud kerana hutangnya dijamin kerajaan dan telah diluluskan oleh mereka yang berkuasa hari ini,” tegasnya.

Tuan Ibrahim berkata, dalam taklimat kepada pimpinan tertinggi PAS itu, Arul berkata pelan rasionalisasi 1MDB itu “adalah apa yang boleh beliau buat sekadar mampu untuk memastikan 1MDB tidak lagi perlu meminta suntikan dana daripada kerajaan”.

“Jika pelan rasionalisasi 1MDB gagal dan sekiranya 1MDB lewat membayar hutang, ini menyebabkan kos faedah bertambah melebihi AS$1.9 bilion setahun yang perlu ditanggung kerajaan, sama ada kerajaan bertukar tangan atau pun tidak di PRU14,” katanya.


Nota Ana Ghoib: Alahai hanya kerana Arul sedia berjumpa kalian dikedai kopi atau hotel 7 bintang pun mahu dijadikan modal politik walhal apa yang dicakapkannya itu sama sahaja kepada semua ahli Umno dalam majlis anjuran JASA yang berbayar.

Lojik mudah ‘complacent’ TITM kononnya semacam tak ada faedah sangat pun tubuh kerajaan baru kerana hutang 1MDB terpaksa dibayar juga oleh rakyat.

Salam TITM, ini soal imej negara yang berkait nilai matawang ringgit serta REDHA Allah kalau nak tahu!

Jenayah perdagangan penggubahan wang haram tetap salah dan tidak boleh mudah beri maaf, pilih kasih, derajat atau keturunan kerana kamu sekutu sekutu politik yang mesra.

Seimbas lalu kasihan melihat kerana terlalu hendak menutup isu maka berderet-deret orang bawahan kerajaan sejak sebelum puasa hingga lepas raya terpisah anak isteri kerana direman dan didakwa.

TITM tegakkanlah kerajaan guna muslihat politik bersama HARAPAN bukan sekadar melukut ditepi gantang UMNO menadah puji-pujian manusia politik yang bermuka-muka – kata Islam dakwatul Haq!

Ulasan oleh Mahfuz Omar berkenaan sikap Tuan Ibrahim seperti dilaporkan oleh portal Malaysiakini di bawah.

Mahfuz berkata, kenyataan Tuan Ibrahim semalam menggambarkan beliau tidak faham “akar isu” masalah 1MDB dengan menyatakan rasa puas hati dengan plan penyelesaian syarikat itu.

“Seolah-oleh Tuan Ibrahim bagi gambaran bahawa beliau dan rakan-rakan (PAS) yang lain tak faham apa itu rasionalisasi (hutang 1MDB),” katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata isu utama dalam 1MDB adalah syarikat kontroversi itu berhutang dan melunaskan hutangnya dengan menggunakan “rancangan rasionalisasi”.

Rancangan rasionalisasi itu pula antara lain menjual aset tanah TRX kepada Tabung Haji untuk mendapatkan dana.

“1MDB jual aset pada China, guna wang Tabung Haji dan jual barang untuk bayar hutang dari hasil kecurian bolehkan plan rasionalisasi, jadi sampai jual aset.

“Jadi saya agak hairan pemimpin PAS blur (kabur) apa itu akar isu dan apa itu rasionalisasi 1MDB,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan yang dibuat Tuan Ibrahim itu seolah-olah PAS tidak pernah mempunyai masalah dengan syarikat itu.

“PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti,” katanya.

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK BACA: Surat terbuka minta Najib dengar dulu rakaman perbualan Zahid dan Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya satu-satunya MB minta kerajaan kurangkan GST 3% tapi dipecat – Mukhriz

KLIK BACATiada siapa sangka Najib jadi macam ‘Jekyl and Hyde’, kata Mukhriz

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 


Tolong Komen & Share