Notis tuntutan penahanan dan ekstradisi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah nasihat peguam dan bukan sesuatu yang luar biasa. – Foto Pahang Daily

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, permintaan itu dilakukan mengikut undang-undang selain mengharap bantuan polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya melihat kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar itu membuktikan bahawa amalan rasuah dan jenayah dalam negara tidak mungkin boleh ditangani sekiranya institusi seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal melaksanakan tanggungjawab.

“Saya tidak menuntut lebih daripada KPN, sekadar memohon dalam bidang kuasa yang ada dalam polis untuk keluarkan waran tangkap Jho Low supaya siasatan dapat dilakukan.

“Ini bukan perminaan yang luar biasa, kerana itu atas nasihat peguam peguam saya. Ya, ia dijamin dalam perlembagaan dan polis ada kuasa untuk memanggil mana mana suspek dalam kes jenayah,” katanya kepada Astro Awani semasa sidang media selepas Majlis Turun Padang Datuk Menteri Besar Selangor ke Daerah Sepang 2017.

Sebelum ini, Khalid berkata beliau tidak akan memberi respon notis Mohamed Azmin yang menuntut penahanan dan ekstradisi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam notis tersebut, Mohamed Azmin mahu pihak polis menangkap Jho Low, yang dikaitkan dengan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya teruskan usaha ini kerana rakyat mempunyai hak untuk mengetahui siapakah pelaku jenayah sehingga berlaku kerosakan ekonomi.

“Ini menyebabkan rakyat menderita dan ekonomi negara kini berada pada tahap yang lemah.

“Saya akan rujuk kepada pihak peguam apakah tindakan selepas ini,” jelasnya.

Mohamed Azmin melalui peguamnya Latheefa Koya telah mengeluarkan notis terhadap Khalid yang menuntut supaya Jho Low ditahan setelah didakwa melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mohamed Azmin turut memberikan tempoh selama 14 hari kepada Khalid untuk respon, dan jika beliau gagal berbuat demikian, tindakan mahkamah akan diambil.

Nota Ana Ghoib: Kasihan melihat nasib bangsa ku melayu.

Manakan boleh jika ditahan Si Jolok akan terheret sama MO1 dan isteri MO1 maka terdedahlah kod-kod rahsia perpindahan wang seperti ‘American Pie’ yang dibocorkan Justo dan projek filem separa lucah di Hollywood serta pelbagai lagi aktiviti berlagak membeli belah wang pinjam termasuk dari KWAP [Pencen].

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK BACA: Surat terbuka minta Najib dengar dulu rakaman perbualan Zahid dan Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya satu-satunya MB minta kerajaan kurangkan GST 3% tapi dipecat – Mukhriz

KLIK BACATiada siapa sangka Najib jadi macam ‘Jekyl and Hyde’, kata Mukhriz

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 


Tolong Komen & Share