Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti PAS “tidak akan mati” selagi ia “bersama Islam.” – Foto Iijmak.Asia

Anggota parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pelbagai parti lain yang muncul daripada serpihan PAS sudah “ditimbus ke liang lahad” atau seperti nyawa-nyawa ikan yang ketiadaan air, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Politik Islam juga tidak boleh dimain (seperti) catur untuk mencapai matlamat menghalalkan segala cara dan meletakkan Islam sekadar menjadi alat sahaja.

“Politik Islam bertunjangkan ubudiah kepada Allah, memikul amanah dengan melaksanakan syariat dan berwawasan akhirat, menyelamatkan seberapa ramai manusia dengan petunjuk Allah dan berpaksikan hidayah bukan jibayah (bermatlamatkan kebendaan dan dunia saja),” katanya.

PAS percaya parti berkenaan bakal menjadi penentu (kingmaker) kepada pembentukan kerajaan selepas PRU ke-14 nanti.

Pada masa sama, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS sedang bekerjasama dengan parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diketuai ramai bekas pemimpin Umno, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadi berkata, amalan politik matang dan sejahtera terhadap kawan dan lawan sudah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW suatu ketika dulu.

“(Baginda) beristiqamah menghadapi rebah dan bangun, pasang dan surut (perjuangan) walaupun memakan masa untuk kejayaan yang dijanjikan oleh Allah, sehingga menguasai dunia yang luas selepas kewafatan baginda, bukan semasa hayatnya,” katanya.

Menurut Hadi yang merupakan Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia, masih banyak pendekatan politik Islam yang ditulis oleh para ulama dalam kitab mereka, selain pendekatan tersirat di dalam mukjizat ilmu al-Quran serta kebijaksanaan sunnah nabawi.

KLIK BACA: Azmin hantar surat tuntut IGP cari bawa pulang Jho Low

KLIK BACAZahid pun lupa pernah isytihar harta dalam akaunnya, soal Dr Mahathir

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

KLIK BACA: Beranikah Zahid akui bertemu Tun Mahathir atau selesa digelar ‘kaki pembohong’?

KLIK BACA: Mahkamah Perancis dakwa Razak Baginda terima sogokan penjualan kapal selam Scorpene

KLIK TERKINI: Rundingan bawa pulang Sirul dengan Australia tertutup, kata Zahid di Parlimen

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang


Tolong Komen & Share