Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya hari ini mendedahkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah mengisytiharkan hartanya kepada beliau ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO serta mendakwa jawapan Zahid daripada mana datangnya kekayaan tersebut kurang jelas. – Foto FMT

oleh Dr Mahathir Mohamad | 2 Ogos 2017

1. Kita boleh tahu kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka.

2. Bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama. Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian “Maniam 1”, “Maniam 2” dan seterusnya.

3. Apabila Malaysia merdeka cara nombor ini dianggap menghina. Dengan itu nama bapa ditambah dan perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) mengganti perkataan “bin” dan “binti” yang diguna dalam nama Melayu.

4. Orang India Muslim tidak perlu guna “a/l” atau “a/p” kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama antara mereka.

5. Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”.

6. Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.

7. Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar.

8. Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.

9. Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.

10. Jikalau ia boleh ingat, jelaskanlah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak. – Source chedet.cc

*Tun Dr Mahathir Bin Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili Malaysian Review sebagai laman penyebar berita.

KLIK BACABeranikah Zahid akui bertemu Tun Mahathir atau selesa digelar ‘kaki pembohong’?

KLIK BACA: Mahkamah Perancis dakwa Razak Baginda terima sogokan penjualan kapal selam Scorpene

KLIK BACA: Bekas Peguam Negara bangkitkan kes Eric Chia untuk Apandi faham isu 1MDB

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

Tolong Komen & Share