Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut kerana tidak pernah sesiapa lagi yang menyentuh asal usulnya yang berbeza daripada yang diketahui umum.

Ini susulan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana berbohong sewaktu mendedahkan salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Mahathir dengan nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty” ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya, semalam.

Mahathir menyifatkan Ahmad Zahid sebagai ‘kaki pembohong’ kerana tidak boleh menunjukkan kad identitinya yang berwarna biru.

Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara “kebetulan” beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu yang mana JPN berada bawah bidang kuasa kementeriannya.

Di dalam video di atas bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berjumpa dengannnya bagi mendapat simpati dan sokongan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno.

Firman Allah: Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya. – (Maryam 19:97)

Risalah Ana Ghoib: Menurut cerita Zahid Hamidi sering ke Kaabah, Makkah saban tahun disetiap akhir ramadan.

Aneh bagi anak ulama JAWA, Zahid Hamidi yang selalu ke tanah HARAM tetapi tidak mengetahui hakikat pengajaran dari tanah haram itu yang pemilik dan penjaganya menciptakan pelbagai jenis kulit dan kaum.

Iblis [ular tua] manakah yang menghasut seakan kamu membenci tanah hitam berlumpur diciptakanNya Adam a.s itu sehingga kamu berlaku sombong lalu menghasut melayu jawa tanah rawa sawo matang ini?

Atau engkau hendak membawa fahaman membenci kaum suku-suku agama bangsa seperti Yahudi dengan adat ‘gentiles’ nya?

Ingat ini, kalau tak kerana ulama pelayar Arab India Goa Malabar Kerala sampai ke Malaya singgah di Aceh dan Jawa barangkali Zahid masih lagi beragama hindu keturunannya di Indonesia.

Zahid anak Hamidi maaf dan letaklah takwa di antara kedua mata mu serta berlaku adillah janganlah kabur peradilanmu kerana harta, nama, pangkat, kuasa dan kasih mesra berpilih.

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. – (Al-Maaidah 5:8)

Peringatan nasihat dan amaran untuk Bani Jawi – Kaum Melayu

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”. – (Al-A’raaf 7:164)

Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali”. – (Hud 11:34)

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). – (Al-A’raaf 7:165)

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

KLIK BACA: Bapa Mahathir bukan Iskandar Kutty tapi datuknya, Marina kecam Zahid

KLIK BACA: Zahid TPM paling lekeh merapu – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Rahsia Zahid serang Tun Mahathir dijelaskan Zahid Mat Arip

KLIK BACA: Najib hujah ‘ke laut’ sepupunya Hishammuddin ikut keliru

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

Tolong Komen & Share