oleh Idris Ahmad

Buatlah apa sahaja waktu kita berkuasa. Sapu apa yang ada. Buat pekak saja apa orang hendak gelar. Apa yang penting anak pinak dan kroni kita kaya dan kenyang.

TV kita kuasai. Media yang garang, kita beri amaran. Kita ada kuasa, siapa berani lawan kita. Lawan sahaja kita sumbat jel. Buat demo, sembur dengan gas FRU. Apa cadangan pembangkang kita tolak.

Siapa yang tidak undi kerajaan, ini pelampau kaum dan pelampau agama. Ini hujah apabila ada kuasa lebih-lebih lagi memang sudah lama berkuasa. Kalau boleh hendak mati sambil berdiri di dalam pejabat perdana menteri.

Apabila kita tidak ada kuasa maka macam-macam pula kita kritik dan balun orang yang sedang berkuasa kerana masalah peribadi, bukan maslahat rakyat.

Pada hal ini semua produk yang dihasilkan oleh acuan yang sama. Acuannya ialah apabila berkuasa, bukan hendak laksanakan amanah kepada rakyat tetapi untuk tunjuk aku yang paling berkuasa.

Begitu murah nilai politik di negara ini. Perut sudah kenyang, kroni sudah kaya. Sekarang berpesta pula maki hamun orang yang kita benci kerana masalah peribadi.

Sewaktu berkuasa dahulu berapa ramai rakyat dizalimi. Berapa ramai kontraktor bankrap akibat pilih kasih. Berapa ramai kakitangan kerajaan tidak naik pangkat dan ditukar tempat kerja.

Berapa banyak gas FRU yang disembur ketika demonstrasi. Berapa ramai yang kena sepak ketika demo.

Oleh itu Datuk Seri Najib Razak tidak risau dengan maki hamun yang dihambur sekarang. Dia sudah ada guru yang mengajarnya.

Nanti apabila sudah tidak jadi Perdana Menteri, maka naik atas pentas pembangkang balun pemimpin yang sedia ada pada waktu itu. . Ketika itu semua kesalahan selama ini akan suci seperti air mutlak, suci lagi menyucikan.

Tidak perlu minta maaf dan mengaku kesilapan yang lampau. Akhirnya rakyat yang paling malang. Negara tidak diurus dengan baik, hutang pula bertimbun.

Politik seperti ini akan mendatang musibah kepada anak kecil kita yang akan mewarisi negara. Betullah acuan baulu tidak akan hasilkan kuih kacang.

Rakyat perlu tukar dasar, bukan orang. Kalau tidak, pi mai, pi mai tang tu saja.

Sejahtera bersama Islam.

IDRIS AHMAD naib presiden PAS. Artikel ini pendapat peribadi penulis dan organisasinya dan tidak mewakili pendirian Malaysian Review. | Foto kredit Astro Awani

Nota Ana Ghoib: Tulisan Idris Ahmad seperti orang yang tak boleh bergerak ke depan tertoleh-toleh ke belakang selalu lalu tersandung batu lantas tersungkur sendirian.

Idris juga salah anggap senario kecamuk dan amuk politik hari ini adalah masalah peribadi bukan kerana dipicu skandal kewangan ‘jenayah’ terbesar di dunia.

Soalnya jika ulama sendiri awal-awal lagi pilih kasih bulu dan darjat bagaimana mereka mahu melaksanakan hudud dengan adil?

Maka itu tidak hairan Allah yang maha adil perkasa di langit dan bumi menghalangnya lalu menguji dua puak melayu Islam ini siapa yang paling benar betul tepat peradilannya.

Sebagaimana kandungan erti firman Allah bahawa kamu tidak akan ditanya apa yang orang terdahulu lakukan tetapi apa yang kamu lakukan sekarang sedangkan DIA ALLAH tidak akan ditanya.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

KLIK VIDEO: Rahsia Zahid serang Tun Mahathir dijelaskan Zahid Mat Arip

KLIK BACA: Bekas Peguam Negara bangkitkan kes Eric Chia untuk Apandi faham isu 1MDB

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Tun Mahathir: Ya, saya tahu maklumat sulit 1MDB

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACAMappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone dikepung kenapa?

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah



Tolong Komen & Share