Menteri besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak harus berkecil hati dengan kritikan terbuka menteri besar Selangor terhadap pentadbiran negeri itu kerana jelas selama lapan tahun menerajui kerajaan negeri, beliau gagal merancakkan ekonomi dan menambah penghasilan negeri tersebut.

Timbalan pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata teguran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak seharusnya mengecewakan Zambry apatah lagi kedua-duanya pernah berkhidmat sebagai pasukan pemikir mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nizar menambah, ekoran kegagalan pentadbiran BN diterajui Dr Zambry sudah tiba masanya rakyat Perak ‘membantu’ pentabiran kerajaan negeri Perak dengan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umum akan datang.

“Amanah Perak yakin Pakatan Harapan Negeri Perak khasnya cukup bersedia menggembleng seluruh tenaga dan buah fikiran untuk memajukan negeri Perak ke satu tahap yang boleh dibanggakan dengan menjadikan agenda ketelusan, cekap dan amanah di dalam pentadbirannya nanti,” ujar beliau lapor Malaysia Dateline.

Menurut Nizar, agenda menggembalikan keyakinan rakyat dan pelabur penting untuk menjana kantung kewangan kerajaan negeri kerana Perak mempunyai hasil yang cukup luas dan subur.

Dr Zambry kelmarin membidas Azmin kerana didakwa memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri Perak ketika menyampaikan ceramah di Kuala Kangsar.

Beliau menyifatkan tindakan Azmin sebagai “perbuatan kurang beradab dan tidak menghormati pemimpin kerajaan negeri”.

“Azmin tidak perlu hendak buat perbandingan sebab kalau dia berbangga dengan hujah tentang negeri Selangor masa kini, dia perlu faham Selangor itu bukan dibina melalui lampu ajaib Azmin, dan rakyat sendiri pun mengetahuinya kerana Selangor menjadi maju ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah.

“Itu hak Azmin untuk datang ke negeri Perak. Namun sekiranya datang untuk menabur fitnah dan menghina negeri Perak adalah perbuatan yang kehilangan adab dan tidak baik,” kata Zambry selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Zambry diminta mengulas kandungan ceramah Azmin di negeri ini baru-baru ini yang memburuk-burukkan kerajaan negeri Perak serta menyebut beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan Selangor lapor Bernama.

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA TULISAN PENUH: Tun Mahathir: Ya, saya tahu maklumat sulit 1MDB

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

KLIK BACA: Sejarah Khairy lebih hitam atau Dr Mahathir jika mahu dikorek? – Shahbudin Husin

KLIK BACANajib digesa beranikan diri debat dengan Tun Mahathir oleh Wan Azizah 

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin


Tolong Komen & Share