oleh Shahbudin Husin

Kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, kadar jenayah telah mengalami penurunan sejak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara bermula pada 2009 lalu.

Biar betul?

Beliau seterusnya menegaskan, penurunan kadar jenayah itu adalah kerana beberapa transformasi yang diperkenalkan oleh “bossnya” itu.

Ini cakap betul atau bodek sebenarnya?

Tetapi, mengapa masih banyak kejadian jenayah dilaporkan dalam media?

Tidak saja di akhbar dan televisyen, malah di media sosial juga boleh dikatakan sarat dengan berita dan video mengenai kejadian jenayah yang berlaku di sana sini.

Selain itu, bukan saja jenayah di peringkat “pencacai” kelihatan makin banyak, malah jenayah di peringkat atasan juga nampaknya kian bertambah di tahun-tahun kebelakangan jika berdasarkan apa yang dilaporkan di media-media itu.

Jadi, benarkah kadarnya telah mengalami penurunan?

Lebih dari itu, benarkah dasar transformasi Najib menyumbang kepada penurunan kadar jenayah itu?

Tidak cukup dengan itu, Zahid Hamidi seterusnya menambah, kadar jenayah juga menurun dengan ketara antara 2013 hingga 2017 iaitu sejak beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dan Khalid Abu Bakar memegang jawatan Ketua Polis Negara.

Paling drastik indeks jenayah antara 2013 hingga 2017 telah turun lebih 53 peratus menyebabkan puratanya menjadi 47 peratus saja lagi, kata Zahid.

Alamak…mula-mula bodek “boss” dengan mengatakan kadar jenayah turun sejak 2009, lepas itu “masuk bakul angkat sendiri” pula dengan menyatakan penurunannya lebih ketara sejak beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Nampak pelik kenyataan seperti ini!!

Kenapa tiba-tiba “masuk bakul angkat sendiri” begini?

Tidak cukupkah dengan memuji dan membodek Najib saja?

Perlukah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Zahid puji “boss” dan kemudian “masuk bakul angkat sendiri” mengenai dirinya pula?

Apa agaknya mesej yang Zahid Hamidi mahu sampaikan kepada Najib?

Apa pun, Hishammuddin Hussein tentu tersenyum simpul dibuatnya dengan gelagat Zahid yang memuji Najib sambil “membodek” dirinya sendiri kali ini. – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili Malaysian Review sebagai laman penyebar berita! | Foto FMT

KLIK BACA: Mahkamah Pakistan lucut jawatan PM Nawaz Sharif siasatan kekayaan luar biasa

KLIK BACA: Najib berjaya celah saman Zahid dedah akaun peribadi di AMBANK

KLIK BACA: Tun Mahathir saja mampu kalahkan UMNO – Salahuddin Ayub TP AMANAH

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA TULISAN PENUH: Tun Mahathir: Ya, saya tahu maklumat sulit 1MDB

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin

CLICK READ: Blood Diamond are not Forever – Nurul Izzah Anwar


Tolong Komen & Share