KUALA LUMPUR 26 Julai 2017: Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada dalam dilema – di antara kehendak penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas seteru suaminya itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya mengenai isu itu Dr Wan Azizah sebaliknya memberikan jawatan selamat.

“Biar kita menang pilihanraya dulu,” katanya kepada media di parlimen hari ini lapor Malaysiakini.

Anggota parlimen Permatang Pauh itu ditanya mengenai pendiriannya mengenai tuntutan aktivis reformasi yang tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir dalam HARAPAN malah menuntut beliau dibicarakan jika HARAPAN membentuk kerajaan.

Kata Dr Wan Azizah apa yang paling penting diberi perhatian buat masa ini ialah mengenai skandal 1MDB.

“Mengapa kerajaan mesti memberi fokus kepada skandal urus niaga mata wang asing (pada zaman Dr Mahathir) tetapi bukan 1MDB setelah begitu lama berlaku?” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang berkata, apa yang dilakukan HARAPAN ketika ini ialah apa yang diperlukan oleh negara dalam keadaan sekarang.

“Saya fikir OK jika anda mahukan suatu siasatan bebas (terhadap Dr Mahathir), tetapi buat masa ini kami empat parti (dalam HARAPAN) bersetuju beliau menjadi pengerusi.

“Seseorang boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan kita teruskan bergerak ke depan,” katanya lapor Malaysiakini.

Gerakan reformasi muncul sejurus selepas Anwar dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir pada September 1998.

Jawapan ringkas oleh Syarul Ema atau Ratu Naga [Exco PKR] isu Otai Reformasi seperti disiarkan di Facebook beliau: –

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bagus berjiwa besar, tapi ramai yang salah faham antara geng otai reformasi dengan Pro Reformis98 (the real one).

Otai Reformasi & Pro Reformis98 dua NGO berbeza.

Otai Reformasi sebelum ni dipengerusikan oleh YB Saari Sungib yang baru wujud 3 tahun lalu.

Manakala Pro Reformis98 diketuai Dr Badrul Amin.

Nama Otai Reformasi (yang sebenar) jika anda pengamal media sosial lama, anda kenal siapa dia, berjuang dari tahun 1998 dan tidak mahu dikenali sesiapa. [Anonymous]

Ia adalah milik kepada seorang fighter yang bergerak bersama King Jason, Otai Reformasi dan King Jason pernah di tangkap polis dulu kerana posting mereka.

Otai Reformasi ditangkap polis tanpa sesiapa tahu dan perjuangan dia sangat real. Di lawan sendirian tanpa bantuan sesiapa.

Sejak nama Otai Reformasi di hijack 3 tahun lalu tanpa kebenarannya, the real Otai Reformasi menukar namanya pada nama betulnya.

Semua kena tahu asal usul nama Otai Reformasi, dia yang popularkan nama gelaran itu sehingga dihijack dan dia kini menyokong perdamaian serta gabungan DSAI & Tun M untuk menawan Putrajaya.

Saya kenalkan anda semua, pemilik nama Otai Reformasi sebenarnya adalah Zai Dy. Dia lah Otai Reformasi sebenar yang tulen.

Komen Zai Dy di Facebook beliau:

Politik ni kena cerdik.. Kalo dok pikir sentimen peribadi jer..mcm mn lwn Bn.

Org tua 92 tahun ko nak berdendam?nak marah?..silakan..

Tapi majoriti yg marah Najib Bn ko tak nak pikir sekali ker?…

Masalah yg lepas ko nak kecoh..tapi masalah yg sedia ada dan bakal berlaku cam ner plak?tak nak pikir gak ker?…

Madey salah pada rakyat…tetap dia kena tanggung dosa…

Abis..yg Najib wat la ni kira tak der dosa ker?… Menipu terang2…salah guna duit,kuasa..tabur sana sini…

Ada korang pikir?..ker ada yg malas pikir sebab dah dpt dedak?…

Ni nak tujuk lgi tolol dlm pru14 nak lawan dgn PH..bengong nya Otai n PSM..!!

KLIK BACA: “Saya tak cabar Apandi bersumpah kalau tak tahu maklumat sulit 1MDB” – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

KLIK BACA: Sejarah Khairy lebih hitam atau Dr Mahathir jika mahu dikorek? – Shahbudin Husin

KLIK BACANajib digesa beranikan diri debat dengan Tun Mahathir oleh Wan Azizah 

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Isteri PM dikenali pemegang kuasa sebenar, lapor South China Morning Post

CLICK READ: Blood Diamond are not Forever – Nurul Izzah Anwar


Tolong Komen & Share