KUALA LUMPUR 25 Julai 2017: Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengakui berlaku kesilapan tadbir urus korporat dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tetapi berkata beliau tidak akan menyalurkan lebih banyak wang untuk membantu syarikat pelaburan negara itu, tidak seperti perdana menteri sebelumnya.

Secara jelas merujuk kepada mentornya yang kini bertukar menjadi musuh Dr Mahathir Mohamad, Najib berkata beliau juga mengarahkan siasatan dijalankan terhadap skandal 1MDB, sesuatu yang tidak pernah berlaku pada zaman pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

“Kami arahkan siasatan dibuat terhadap syarikat itu, bukannya kami terus tidak mengendahkannya. Arahan siasatan seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita.

“Daripada menyuntik lebih banyak wang untuk menutup kesilapan yang dihadapi 1MDB, seperti cara dilakukan bekas pemimpin, saya arahkan rasionalisasi dilakukan terhadap syarikat itu,” kata Najib ketika berucap di persidangan Invest Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. [didepan pelabur luar negara]

Najib berkata langkah rasionalisasi itu berjalan dengan baik dan banyak aset yang sebelum ini dimiliki 1MDB kini berkembang maju.

Beberapa siasatan sedang dijalankan terhadap 1MDB di seluruh dunia termasuk tiga tuntutan saman difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, dan setakat ini hanya Singapura berjaya mendakwa mereka terbabit dalam syarikat yang dipengerusikan Najib itu.

DoJ memohon menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) lagi aset yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB, membawa jumlah setakat ini AS$4.5 bilion.

Bagaimanapun, Najib terus menafikan sebarang salah laku dan pihak berkuasa Malaysia melepaskannya.

Najib berkata walaupun ada isu dalam 1MDB, apa yang pasti ialah ahli politik yang membesarkan isu itu cuba mensabotaj syarikat berkenaan dalam cubaan menggulingkan kerajaan.

“Jika tidak ada 1MDB, mereka akan pilih benda lain untuk diserang dalam cubaan mengubah kerajaan secara tidak sah,” katanya. – The Malaysian Insight

Wikipedia: Pada 23 April 2015, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad menyuarakan kritikannya kepada cara pentadbiran Dato Seri Najib Razak dengan membuat kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia melabur modal RM1 juta di dalam syarikat 1MDB dan berdasarkan rekod, 1MDB kemudian meminjam daripada pelbagai sumber sebanyak RM42 bilion.

“Syarikat dengan modal RM1 juta ringgit tanpa aset tidak boleh meminjam 42,000 kali ganda melebihi modal tanpa cagaran. Tetapi, 1MDB boleh melakukannya kerana mendapat jaminan kerajaan. Dalam erti kata lain, kerajaan yang meminjam wang itu. Jika 1MDB kehilangan wang, kerajaan akan menanggung kerugian. Namun, operasi 1MDB tidak diselia oleh pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dana kerajaan.”


Nota Ana Ghoib: Sedap sungguh ayat Najib yang sepatutnya sebagai menteri kewangan sejak 1MDB [syarikat modal 1 juta]  berhutang 1 bilion lagi dia sudah sedar bukan tandatangan pindah wang ke sana sini tanpa [due diligence] seakan membenarkan 1MDB berhutang hingga lebih 40 bilion kini meningkat ke 5o bilion.

Tun Daim pernah membangkitkan kenapa wang dari Cayman tidak dipindah ke Labuan Offshore tapi di Singapura namun jawapan di parlimen ialah MOF mahu mengelak soal jawab dari BNM – kemudian wang tersebut yang didakwa dollar kepada unit akhirnya didakwa sebahagian dibekukan MAS.  [Monetary Authority of Singapore]

Lebih meloyakan bila mencampak [menjudi buka daunkan] kesilapan itu kepada Mahathir walhal pelaburan Forex itu adalah risiko peleburan wang lesap kepada broker dan pasaran wang yang bukan boleh bermewah dengannya atau disembunyikan atau dicuri orang lain malah boleh pula bersembunyi tanpa ditangkap.

*Untuk rekod isu Forex seseorang telah didakwa memberi maklumat salah kepada Gabenor BNM mungkin juga terhadap Dr Mahathir ketika itu dan beliau kemudian diarah meletak jawatan dan tidak dibenarkan lagi terlibat dalam bidang kewangan.

Muhyiddin yang dipecat TPM dan Timbalan Presiden Umno pernah membangkitkan isu tiada penjawat awam atau pegawai kerajaan menyelia dana 1MDB yang begitu megah kononnya ‘dana berdaulat kekayaan negara’ walhal ia cuma hutang. [beli aset tidak menjana wang pulangan malah dengan komisen, bunga dan harga mahal manakan untung!]

1MDB didakwa maju kerana hutang diserap kerajaan, aset dijual kepada pihak asing dan bantuan cukai GST yang terpaksa ditanggung rakyat adakah Tun Mahathir pernah melakukan demikian?

Berkenaan kononnya siasatan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah boleh dibaca dari pertanyaan Tun Mahathir di bawah!

KLIK BACA: “Saya tak cabar Apandi bersumpah kalau tak tahu maklumat sulit 1MDB” – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir jika benar Najib tak salah kenapa laporan Audit, SPRM dan BNM dirahsiakan!

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

KLIK BACA: Sejarah Khairy lebih hitam atau Dr Mahathir jika mahu dikorek? – Shahbudin Husin

KLIK BACANajib digesa beranikan diri debat dengan Tun Mahathir oleh Wan Azizah 

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin

CLICK READ: Blood Diamond are not Forever – Nurul Izzah Anwar

Tolong Komen & Share