oleh Tan Sri Adam Kadir

MO1 itu ialah Datuk Seri Najib, kata Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Tidak perlu berlindung lagi, katanya. Sejak itu Rahman agak kurang bercakap tentang 1MDB, kalaupun tidak menyentuh perkara itu langsung.

Tinggallah Menteri Datuk Seri Salleh Keruak, Peguam Negara Tan Sri Apandi dan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri. Sejarah menjadi saksi betapa sukar dilakukan apabila Amerika Syarikat (AS) terlibat. Namun begitu AS sentiasa memastikan undang-undang, etika dan ketelusan diikuti dan didakap rapat di dada.

Sesiapa yang biasa dengan cara AS, baik sebagai pelajar atau sebagai petugas di sana, pastinya tahu bagaimana kuat kuasa undang-undang dilaksanakan begitu ketat.

Ambil kes yang amat kecil. Katalah pelajar ‘A’ dari Malaysia mengajak anak perempuan tuan rumah yang ‘A’ menyewa bilik belakang pergi makan di McDonald. Budak itu berusia 14 tahun tetapi kelihatan dewasa.

Jika Polis tahan, ‘A’ pasti meringkuk satu malam dalam lokap polis sebelum proses soal jawab dan kata-bicara dilakukan pada keesokan harinya. Kesalahannya ialah dia keluar dengan gadis bawah umur.

Di peringkat tertinggi, seorang presiden AS tidak boleh menggunakan apa saja kuasanya untuk mengelakkan diri dari kuat kuasa undang-undang, walaupun pihak penguat kuasa itu dilantiknya sendiri.

Kisah skandal Watergate yang amat kecil jenayahnya lebih 45 tahun dulu tidak perlu diulangi; ia menjahanamkan kerjaya Presiden Nixon walaupun banyak kejadian besar dilakukannya untuk kepentingan dunia.

Lebih awal lagi, Alger Hiss, pegawai tinggi Jabatan Negara AS dan seorang penggubal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 65 tahun dulu telah jatuh terdampar, kerana dia didapati berbohong: dia mengaku tidak berada dalam satu majlis parti komunis, pada hal dia terbukti hadir di situ. Sungguhpun dia berkaliber bakal presiden AS, Hiss terus hilang beberapa jawatan tertinggi dan lesennya untuk menjadi peguam ditarik balik. Sehingga akhir hayatnya, Hiss hanya menjadi jurujual alat tulis.

Soalnya kini, apakah Jabatan Keadilan (DoJ) itu tidak ada bukti dan dokumen serta bukti-bukti lain sebelum bertindak mengejar segala harta benda yang dilunaskan dengan wang 1MDB?

Inilah cabaran yang dibuat oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sepertimana yang terpampang di muka depan akhbar ini terbitan Isnin, 19 Jun lalu.

Hishamuddin ialah seorang peguam. Wajarlah beliau bercakap atas asas undang-undang yang bunyinya berbeza daripada menteri-menteri lain yang bukan peguam.

Untuk memperkatakan kes bak air deras yang berputar di kaki PM kita ini yang sama-sama dialami oleh seluruh rakyat Malaysia, kita perlu merujuk kepada butir-butir fakta dan undang-undang yang dibentangkan oleh DoJ kepada dunia pada tahun lepas, 2016, seperti yang dikemukakan oleh Peguam Negara AS waktu itu, Lynette Lynch.

Beliau pada asasnya menekan pada wang haram atau kotor yang didobikan ke dalam sistem kewangan AS seperti yang terjelma dalam pembikinan filem beruntung besar, The Wolf of Wall Street, pemilikan apartmen mewah dekat Central Park, New York, karya seni lukis yang amat mahal, rumah glamor di Beverly Hills dekat Hollywood, yatcht atau kapal rekreasi gemilang perentang waktu dan lain-lain.

Mungkin AS setakat ini sengaja tidak menamakan siapa yang harus dituduh, paling dekat ia hanya merujuk kepada ‘anak tiri DS Najib’, Jho Low dan Najib sendiri dirujukkan sebagai MO1, atau Pegawai Malaysia No.1, serta akhir-akhir ini isteri MO1 sebagai penerima hadiah barang kemas bernilai puluhan juta dolar.

AS hanya mahu merampas segala harta benda itu dan akan pulangkannya kepada rakyat Malaysia, seperti yang diulangi Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Kedutaan ini mungkin mengalami rasa serba salah terhadap sikap kerajaan AS di Washington DC: kenapa tidak menamakan orang atau pihak yang mahu didakwa, seperti desakan Hishamuddin, yang boleh memudahkan semua pihak bertindak dan bertindak balas.

Bagaimanapun, kita ulangi bahawa pada hujung bulan lepas Bank Negara Singapura, MAS, telah mendenda bank Credit Suisse, sebuah bank terbesar Switzerland, dan bank Singapura UOB, berjuta-juta ringgit sebab terlibat dengan 1MDB.

Dengan itu 1MDB, menurut pepatah, ibarat kerbau penuh selut, yang lain-lain turut terpalit. Bank Negara Switzerland, FINMA, pula, memberi amaran keras kepada bank Credit Suisse kerana pembabitannya dengan 1MDB terutama dalam ‘pendobian’ wang.

Tindakan kerajaan Singapura dan Switzerland itu ialah satu pernyataan yang aib untuk Malaysia. Ia perlu satu respons daripada kita.

*Tan Sri Adam Kadir adalah bekas senator. Artikel pertama kali disiarkan di kolum beliau di Sinar Harian Online. | Foto kredit The Malaysian Times

KLIK BACASumpah Mahathir kebudak-budakan, adakah Najib pernah bersumpah kebudak-budakan juga?

KLIK BACA: Tidak lindungi Najib, Dr Mahathir cabar Apandi junjung al-Quran bersumpah dalam masjid

KLIK BACA: Apandi kena nasihat Kit Siang guna ayat Al Quran

KLIK BACA: Tun Mahathir soal AG jika benar Najib tak salah kenapa laporan Audit, SPRM dan BNM dirahsiakan!

KLIK BACA: Buka semula kes Scorpene demi keadilan Altantuya, Sirul – AMK 

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: DOJ pernah rampas harta bekas Presiden Korea Selatan

Tolong Komen & Share