Pemuda PKR (AMK) mendesak SPRM dan polis membuka semula kertas siasatan rasuah dan jenayah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene.

Timbalan ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata pendakwaan di Perancis hari ini membuktikan unsur rasuah dalam pembelian itu termasuk jenayah membabitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Katanya, siasatan semula kes itu perlu bagi memberikan keadilan kepada Altantuya dan dua anggota polis, Sirul Azhar dan Azilah Hadri yang turut terpalit dengan skandal berkenaan.

“Kegagalan SPRM dan PDRM untuk menyiasat dan melakukan tindakan undang-undang berkaitan skandal kapal selam Scorpene ini akan mengakibatkan imej dan integriti agensi-agensi ini terus tercalar dan mengakibatkan rakyat hilang kepercayaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hari ini media melaporkan dua eksekutif Perancis didakwa rasuah jualan Scorpene.

Agence France-Presse (AFP)  melaporkan kedua-dua mereka adalah Phillippe Japiot, bekas ketua unit kapal dermaga laut Perancis DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif firma pertahanan dan gergasi elektronik Perancis, Thales.

Sumber juga memberitahu bahawa Japiot juga didakwa kerana “menyalah-guna aset awam” dan Perrier untuk “terlibat dalam menyalah-guna aset awam’.

Siasatan itu dimulakan pada tahun 2010, selepas aduan difailkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Perancis pada bulan November 2009.

Siasatan bermula pada 2010 atas tuduhan pembuat submarin Perancis itu membayar lebih €114 juta (RM560 juta) sebagai komisen kepada sebuah syarikat kosong yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, penganalisis politik yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib adalah menteri pertahanan ketika penjualan dua kapal selam itu yang dilakukan melalui usaha sama antara Thales dan rakan firma pertahanan DCN.

Razak Baginda, Najib dan bekas presiden Thales, Bernard Baiocco menafikan dakwaan itu.

Altantuya didakwa bekerja sebagai penterjemah kepada Abdul Razak Baginda ketika urusan pembelian kapal selam berkenaan, sebelum ditemui mati dibunuh pada 2006.

Razak yang mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri – manakala, polis membersihkan Najib daripada sebarang tuduhan jenayah dan perdana menteri juga dilaporkan telah bersumpah dengan nama Allah tidak terlibat dalam pembunuhan itu.

Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati selepas disabitkan bersalah ke atas pembunuhan Altantuya.

Sirul kemudiannya melarikan diri ke Australia, di mana kerajaan Malaysia dikatakan cuba mengekstradisi beliau.

Keputusan mahkamah tidak menjelaskan motif pembunuhan wanita berkenaan.


Risalah Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. – (Al-An’aam 6:123)

Firman Allah: Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana, lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan. – (Al-Maaidah 5:71)

Susunan Ana Ghoib – Mimpi dan penglihatan aneh

KLIK BACA: Tidak lindungi Najib, Dr Mahathir cabar Apandi junjung al-Quran bersumpah dalam masjid

KLIK BACA: Apandi kena nasihat Kit Siang guna ayat Al Quran

KLIK BACAKisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Terharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

Tolong Komen & Share