Faiz Fadzil mendakwa Putrajaya panik kerana kapal HARAPAN bukan bakal tenggelam tetapi sedia memburu kapal lanun Umno-BN. – Foto KeadilanDaily

Kenyataan media oleh Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi KEADILAN.

Sejak Harapan mengumumkan saf kepimpinan baharu pada tengah malam/awal pagi Jumaat yang lalu, UMNO-BN terkapai-kapai berhempas pulas hendak mencari idea dan bahan untuk menyerang, hingga ada di antara mereka yang terpaksa membuat U-turn dalam masa yang singkat.

Contoh utama adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang bertanya, “Di mana DAP?” apabila melihat pimpinan utama hampir kesemuanya dari kalangan orang Melayu. Namun semua tahu yang DS Salleh sendiri pernah berkata bahawa pemimpin Melayu dalam Harapan diperguna DAP.

Semalam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata bahawa Harapan bagai ‘kapal’ yang mempunyai tiga nakhoda dengan tiga ‘peta’ berbeza yang akhirnya akan mengakibatkan kapal itu tenggelam. Tapi mungkin DS Zahid tidak membaca sepenuhnya kenyataan media Majlis Presiden Harapan yang dengan jelas menyatakan bahawa:

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mendokong matlamat-matlamat berikut:

1) Menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak;
2) Memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;
3) Membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB;
4) Membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik;
5) Reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan terutamanya berhubung kuasa Perdana Menteri; dan
6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Malah secara lebih khusus lagi, Majlis Presiden Harapan telah mengumumkan:

Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

• Menghapuskan GST;
• Menstabilkan harga petrol;
• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan
• Memulihkan FELDA.

Kenapa ‘peta’ atau matlamat atau objektif Harapan ini tidak cukup jelas buat DS Zahid?

Berkait ‘tiga nakhoda’, apabila pimpinan utama Harapan telah bersetuju dengan matlamat atau objektif dan memegang kepada prinsip keputusan berdasarkan konsensus, maka tidak timbul isu.

Yang jelas, pengumuman saf kepimpinan utama serta matlamat-matlamat Harapan menambahkan rasa panik di Putrajaya. Hingga ke hari ini, serangan dakyah baharu UMNO-BN tidak melekat hingga mereka terdesak dan terpaksa menggunakan bahan arkib kuno untuk menyerang pimpinan Harapan.

Putrajaya semakin panik kerana kapal Harapan bukan bakal tenggelam tetapi kini semakin sedia untuk belayar memburu kapal lanun UMNO-BN.

Dan apabila kapal lanun UMNO-BN itu dikalahkan, kami pasti mencari ‘peta’ harta karun 1MDB dalam tangan kapten kapal lanun itu agar segala harta yang dirompak dan dicuri gerombolan ini akan dapat dipulangkan kepada rakyat.

Fahmi Fadzil | Pengarah Komunikasi KEADILAN – Sumber FaizFadzil 16 Julai 2017

*Artikel merupakan pendapat peribadi penulis dan pertubuhan yang diwakilinya justeru tidak mewakili pendirian Malaysian Review sebagai laman penyebar berita.

KLIK BACA: Kota Tinggi, Johor – Mahathir mohon maaf naikkan Najib jadi PM, tak sepatutnya Felda rugi

KLIK BACA: Najib ‘kesal’ lengahkan Pilihan Raya PRU14? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Mahathir di mahkamah sempat kecam Najib terajui ‘parti pencuri’

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK BACA1MDB: Hukuman di Singapura petanda Putrajaya perlu bertindak

KLIK BACA: Apa hendak dibanggakan jual harta pusaka kerajaan – Khairuddin Abu Hassan

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan


Tolong Komen & Share