Mukhriz Mahathir dan Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad selepas perbicaraan di mahkamah. – Foto ihsan Utusan Online

KUALA LUMPUR 14 Julai 2017: Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menggalakkan beliau bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan tahun 2013.

Menjawab soalan daripada peguam Datuk Jahabardeen Mohd Yunos, yang mewakili Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Mukhriz mendakwa Najib mahu naib presiden sedia ada dikekalkan jawatan masing-masing.

“Bagaimanapun, saya memutuskan untuk bertanding kerana saya merasakan tidak baik untuk Umno sebagai parti demokratik untuk berbuat demikian.

“Ini lebih-lebih lagi memandangkan pada masa itu jawatan presiden dan timbalan presiden sudah pun tidak dipertandingkan,” katanya.

Mukhriz memberi keterangan pada pendengaran saman fitnahnya terhadap Tengku Sariffuddin.

Beliau memfailkan saman fitnah terhadap Tengku Sarifuddin pada 3 Mei tahun lalu.

Kepada soalan lain dari Jahabardeen, Mukhriz, yang kini adalah timbalan presiden Parti Pribumi Malaysia Bersatu (BERSATU), berkata kritikan terhadap Najib pada masa itu bertujuan menyelamatkan Umno dan BN.

“Kami telah mencadangkan agar PM berundur dan seorang wakil BN lain mengambil alih.

“Tidak ada cadangan untuk menggulingkan kerajaan atau seperti kata-kata yang digunakan di dalam kenyataan akhbar (dakwaan fitnah oleh Tengku Sarifuddin) bahawa ayah saya Dr Mahathir Mohamad mahu saya dilantik sebagai PM.

“Ia tidak berkaitan sama sekali,” katanya.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguamnya, Haniff Khatri Abdulla, Mukhriz berkata beliau telah memaklumkan kepada bapanya, yang kini adalah pengerusi BERSATU apabila beliau bertanding jawatan naib presiden Umno.

Mukhriz berkata ketika beliau menyertai Umno pada tahun 2000, Mahathir tidak menggalakkannya untuk bergiat aktif dalam politik.

“Saya hanya aktif pada 2004 selepas ayah saya bersara (sebagai perdana menteri dan presiden Umno) pada tahun 2003 untuk bertanding jawatan exco Pemuda.

“Saya terlibat dalam politik kerana mahu berkhidmat kepada rakyat. Ciri ini jelas terdapat pada kedua-dua ibu dan bapa saya…,” katanya.

KLIK BACA: Mahathir di mahkamah sempat kecam Najib terajui ‘parti pencuri’

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACA: GST dihapus, pengampunan Anwar 100 hari pemerintahan HARAPAN, umum Tun Mahathir

KLIK BACA1MDB: Hukuman di Singapura petanda Putrajaya perlu bertindak

KLIK BACA: Mahathir: Saya tidak takut Anwar berhubung RCI tapi…

KLIK BACA: Saya U-turn bila Najib sendiri U-turn terhadap Umno, kata Tun Mahathir

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share