Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengaitkan Najib Razak sebagai menghina mahkamah selepas perdana menteri itu enggan memohon maaf selepas mendakwa Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menjadikan anaknya itu sebagai perdana menteri.

Peguam Haniff Khatri Abdullah yang mewakili timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu berkata permohonan itu difailkan hari ini selepas tempoh permohonan maaf tamat 1 petang semalam.

“Sudah lebih 48 jam. Tarikh akhirnya 1 petang semalam,” kata Haniff di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Zaidi Ibrahim, menambah surat tuntutan sudah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin, lapor portal The Malaysian Insight.

Mukhriz sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap setiausaha akhbar Najib, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kerana membuat tuduhan sama.

Hakim berkata mahkamah akan memberikan tarikh yang sesuai secepat mungkin memandangkan saman itu difailkan pagi ini.

Najib mengeluarkan kenyataan menuduh Dr Mahathir sanggup melakukan apa saja, antaranya manipulasi, sabotaj dan berbaik dengan musuh untuk memastikan Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah menjadi perdana menteri.

“Dia taksub dengan menyelamatkan warisan keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz perdana menteri,” kata Najib.

Mukhriz berkata ia “sangat menjijikkan” apabila lelaki yang memegang jawatan tertinggi di Malaysia akan “merendahkan martabat” dan mengambil “langkah terdesak” sedemikian.

KLIK BACA: Najib tidak boleh lagi kes Jho Low, akui jadi mangsa atau…

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACA: Kes Jho Low mangsa utama ialah 1MDB, kata pendakwaraya Singapura

KLIK BACAJemaah Haji 1MDB doakan mereka yang aniaya bagaimana pula?

KLIK BACA: Tun Mahathir beranikah ‘Negarawan Sebenar’ tangkap?

KLIK BACA: Apa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan


Tolong Komen & Share