oleh Shahbudin Husin

Hari ini, 10 Julai adalah hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir Mohamad yang ke-92.

Selamat hari lahir Tun…moga terus dipanjangkan umur, dianugerahkan kesihatan yang baik dan diberi kesempatan oleh Tuhan meneruskan perjuangan menyelamatkan negara ini daripada bahana kleprokrasi sehingga ke titik akhir kejayaan.

Kebanyakan orang lain menyambut hari ulangtahun kelahiran dengan kegembiraan, tetapi Tun Mahathir bukan saja menyambutnya dengan komitmen untuk kekal berjuang, malah yang lebih mengharukan ialah sedia menawarkan dirinya untuk ditangkap dan ditahan.

Ia berikutan tindakan Najib Razak yang mengatakan Tun Mahathir kini sedang panik susulan penubuhan Suruhanjaya Diraja berkaitan kerugian urusniaga forex yang berlaku hampir 30 tahun lalu.

Meskipun suruhanjaya itu belum lagi berfungsi dan belum juga memanggil saksi-saksi, tetapi Najib sudah pun berani membayangkan kemungkinan pertuduhan jenayah bakal dihadapi oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Pada hari raya saya ucap selamat hari raya kepada Najib tapi dia asyik berusaha macam mana untuk tangkap saya.

“Tak apalah, dia ada kuasa, tangkaplah!” kata Tun Mahathir.

Sebelum ini juga Tun Mahathir mencabar isteri Najib, Rosmah Mansor agar menyamannya jika beliau melakukan fitnah atau membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.

Namun, sehingga ini Rosmah terus senyap tanpa khabar berita, sama senyapnya seperti Najib yang dua tahun lalu mengatakan akan menyaman akhbar The Wall Street Journal, tetapi sehingga ini masih belum terdengar apa-apa khabar berita mengenainya.

Semalam, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan Najib sebagai “negarawan sebenar” di negara ini, manakala Tun Mahathir disifatkan tidak layak sama-sekali memakai gelaran tersebut.

Sebagai “negarawan sebenar”, tidak berani menyaman WSJ mungkin tidak berapa “besar kemaluannya” berbanding tidak berani menangkap Tun Mahathir, apatah lagi tawaran berbuat demikian dihidangkan dengan dada yang lapang oleh tuan punya badan.

Apa guna jika sekadar berani menyalahkan Tun Mahathir itu dan ini, tapi masih tiada keberanian sama sekali untuk menangkap dan memenjarakannya.

Apa lagi, tunjukkanlah keberanian sebagai “negawaran sebenar” itu? – Sumber: ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik. Artikel adalah pandangan peribadi beliau yang tidak mewakili pandangan Malaysian Review sebagai laman penyebar berita.

Risalah Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Berdamailah… sebuah kissah…

Isteri Nabi Muhammad SAW, Hindun binti Abi Umaiyah atau Ummu Salamah [ummul mukminin] ialah seorang wanita yang baik dalam pertimbangan dan pengadilannya, kebolehan berfikir dan rasional yang bagus serta kebolehan untuk memberikan keputusan yang tepat.

Diriwayatkan Ummu Salamah pernah yang menjadi penghantar khabar gembira kepada Abu Lubabah bahawa Allah telah menerima taubatnya.

Ummu Salamah juga pernah memujuk Rasulullah S.A.W untuk memaafkan Abu Sufyan bin Harits. Ketika mereka berdua ingin menemui Rasulullah mereka berusaha untuk menghadap baginda namun ketika melihat kedatangan mereka, baginda lantas memalingkan muka kerana tidak dapat menerima perlakuan mereka selama ini yang sangat menyakitkan baginda.

Namun, Ummu Salamah bertindak memujuk Rasulullah dengan berkata; Wahai Rasulullah, bagaimanapun mereka bukanlah orang yang paling menyakitimu selama ini. — Ummu Salamah

*Abu Sufyan sepupu Rasulullah merupakan penyair berimajinasi tinggi yang memusuhi dan memerangi Rasulullah sewaktu baginda mulai berdakwah secara terang-terangan.

Bila kaum Quraisy menyalakan api permusuhan melawan Rasulullah dan kaum Muslimin, maka Abu Sufyan menyemburkan syair terus menyindir Rasulullah dengan kata-kata kotor dan menyakitkan hati.

Akhirnya, Allah melapangkan dada Abu Sufyan untuk menerima Islam lalu menemui Rasulullah di Madinah.

Ketika bertemu Rasulullah, Abu Sufyan menjatuhkan diri di hadapan beliau. Namun Rasulullah memalingkan wajahnya, tidak mahu menerima Abu Sufyan.

Setelah berlangsung beberapa lama, akhirnya Rasulullah menerima keislaman Abu Sufyan. Baginda bersabda, “Tiada dendam dan tiada penyesalan, wahai Abu Sufyan.”


Dikisah yang lain ketika perjanjian Hudaibiyah setelah selesai menandatangani perjanjian damai dengan kaum Musyrikin, Rasulullah S.A.W berkata kepada para sahabatnya:

“Bersiap-siaplah, sembelihlah haiwan-haiwan korban kalian dan cukurlah rambut kalian.” Hal tersebut adalah disebabkan mereka tidak dapat menjalani ibadah Haji dan Ziarah ke Masjidil Haram dan harus pulang ke Madinah.

Namun, akibat perasaan berat hati kerana gagal memasuki Makkah, tiada seorang pun sahabat yang berdiri dan melaksanakan perintah baginda walaupun perintah itu diulang sebanyak tiga kali oleh Rasulullah s.a.w.

Melihat tidak ada tindakan dari pihak sahabatnya, Rasulullah lantas masuk ke khemah dan menemui Ummu Salamah, menceritakan kejadian tersebut. Disinilah Ummu Salamah memainkan peranannya bilamana beliau yang punya pemikiran yang hebat ini menyelamatkan para sahabat dari derhaka kepada Rasulullah S.A.W dengan berkata;

“Wahai Nabi Allah, apakah engkau ingin sahabat-sahabatmu mengerjakan perintahmu? Keluarlah dan jangan bercakap dengan siapa pun sebelum engkau menyembelih haiwan korbanmu, memanggil pencukur untuk mencukur rambutmu.”

Rasulullah S.A.W mengikut saranan Ummu Salamah lalu keluar tanpa bercakap dengan sesiapapun lalu menyembelih haiwan korbannya serta mencukur rambutnya. Ketika para sahabat melihat tindakan baginda, para sahabat lantas bangkit dan menyembelih haiwan korban mereka serta mencukur rambut mereka.

*Imam Adz-Dzahabi menyebut sifat Ummu Salamah dengan menganggap seolah-olah salah seorang ulama generasi sahabat. Ini disebabkan beliau sering mendengar secara langsung bacaan al-Quran daripada Rasulullah S.A.W dan mendengar kata-kata baginda dari lisan baginda.

Nota Ana Ghoib: Ringkasnya dikaitkan moral dari kisah Ummu Salamah ini ialah berbesar jiwanya Ayahanda Mahathir dan Ayahanda Najib berdamai memaafkan dan bersegera berbuat menunjukkan contoh yang baik tanpa berpolitik cakap banyak.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib… Jika apa yang ku katakan benar?  Katakan Ya,  Kalau kau sudah tahu dari awal penciptaan manusia…

DIKEMASKINIKJ diharap sahut cabaran TMJ lawan pasukan polo baginda

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar Najib tangkaplah…

KLIK BACA: Adakah Zahid mahu lebih banyak pekung Najib didedah kepada umum? Shahbudin Husin

KLIK BACAApa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

KLIK BACA: Muhyiddin ulas keluhan TMJ apa sudah jadi Malaysia? mereka tiada sedikit pun rasa malu…

KLIK BACA: Dr Mahathir kritik hingga Najib hilang sabar, kata Zahid


Tolong Komen & Share