PUTRAJAYA, 10 Julai 2017: Krisis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad memuncak dan tidak semena-mena Utusan Malaysia menyiarkan kembali video temubual Tunku Abdul Rahman.

Video yang dimuatnaik Utusan Online dirakamkan pada tahun 1988 berhubung surat terbuka Mahathir kepada perdana menteri pertama berkenaan.

Dalam video itu Tunku menceritakan, surat yang ditulis Mahathir pada pertengahan 1969 itu menyebabkan bapa kemerdekaan itu dibenci oleh orang Melayu.

Tunku turut menceritakan, Mahathir menyalahkannya ekoran rusuhan perkauman 13 Mei yang berlaku pada tahun berkenaan.

“Di sini nampaknya caranya, tujuannya nak bagi orang semua-semua benci kepada saya. Buang saya dan ubahkan pemerintahan Malaya ini.

Utusan dalam artikelnya berkata, tindakan Mahathir itu telah memusnahkan kerja keras Tunku untuk orang Melayu dan negara.

Diketahui umum serangan Mahathir terhadap Tunku itu menyebabkan bapa kemerdekaan tersebut meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri pertama pada 1970 dan diganti dengan Tun Razak.

Tun Razak merupakan individu yang memujuk Mahathir kembali kepada Umno dan melantiknya sebagai menteri pelajaran pada 1974.

Mahathir sebelum ini pernah menyatakan rasa syukurnya terhadap Allahyarham Tun Razak sehingga menyebabkannya menyokong anaknya Najib sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, Mahathir kini menjadi salah seorang pengkritik Najib yang paling lantang dan mengambil tindakan keluar dari Umno serta membentuk parti baru- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Nampaknya sejarah sekali lagi mengulangi peristiwa antara Mahathir dan Tunku namun kali ini dengan Najib.

Risalah Ana Ghoib: Siapa pernah baca surat Mahathir kepada Tunku? Tiada makian di dalamnya cuma kritikan mengenai kelengahan Tunku bertindak contohnya dalam isu 13 Mei dan beberapa isu peribadi yang tidak boleh dituliskan untuk senario hari ini.

Motifnya Mahathir perosak atau Utusan mahu memberi signal tindakan Tunku harus diulangi Najib tapi maaf di Malaysia mana ada motif contohnya Altantuya mati dihancurkan pun tiada motif?

Ringkasnya bahawa [pen: tanpa berpihak] apa yang dikatakan Mahathir itu benar pada masanya kepada siapa yang melalui dan ingat dan benar juga mengenai pimpinan hari ini.

Dahulu era Tunku, Pak Lah dan kini era Najib semuanya tertumpu kepada masalah sikap Perdana Menteri bukanlah kerana sikap Mahathir itu sendiri sentiasa mahu menyalahkan orang tetapi hakikatnya apa yang salah dibuat sebagai manusia dan PM salah tetaplah salah.

Buktinya kenapa di zaman Tun Razak  – Mahathir mendiamkan diri sudah tentunya kerana tiada apa yang tidak baik hendak dicakapkan.

[Penting] Ringkasnya damai sesama muslim yang sudah itu sudahlah – bila ditegur salah benar kekhilafan maka kita insaf lalu merasa tidak layak menggalas amanah bangsa dan negara yang begitu berat dan besar sebagaimana Tunku dan Pak Lah yang mengambil keputusan murni terhormat berundur namun kekal dengan kehormatan dan keistimewaannya – maka itu lebih baik dan mulia akhirnya.

Apa nak ditamakkan dunia – besar jiwalah kamu bangsawan aristokrat kaya ternama apalah diherankan bersara dan nikmati hidup – beri peluang otak dan peribadi terbaik rekod agak bersih [meski tidak sempurna] memimpin negara.

‘Deadlock’ berlaku di Malaysia hari ini kerana putar belit sendiri hingga menyusahkan pula massa. Tepuk dada tanya selera jangan panjangkan cerita usahakanlah agar perkara ini tidak menjadi genting sehingga PRU14 nanti.

Barah merebak  – bayangkan penulis ikan bilis ini sendiri takut menulis rinci kerana bimbang disiasat, ditangkap, didakwa, dipenjara malah jika tak mampu membayar denda harta disita. [*Itulah kenyataan amaran yang pernah penulis dengar dari pak polisi kerajaan Mahadewa walhal yang dicakapkan hal ringan dan benar. Mereka ‘terpaksa bertindak’ kerana ada agen salah guna kuasa membuat laporan berbaur politik kerana enggan kebenaran diketahui.]

Thoha Putrajaya – Munafik Langgar Sumpah Janji [Jawatan] atas Nama Allah

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. – (At-Taubah 9:76-77)

Nota Ana Ghoib: Soal takdir ketentuan Allah balak yang menimpa kaum Melayu hari ini eloklah dirujuk hadis mengenai takdir di mana hadis mengambil contoh unta yang berkudis bercampur gaul dengan unta sihat lalu kesemuanya terkena kudis.

Kemudian Rasulullah mengatakan itulah TAKDIR lalu baginda pintarnya menyoal kembali siapakah yang menyebabkan unta pertama berkudis?

Kalau hal Umno hari ini amsalannya siapakah yang menyebabkan ianya berkudis dan menular menjadi tindakan pecat, tukar, tangkap, penjara, sembunyi, sorok, gaduh dan sebagainya bukankah kerana unta berkudis yang pertama?

Itulah yang perlu disiasat bukan mudah meletak kononnya takdir atau proses parti Umno atau kabinet kononnya malah lebih buruk meletakkan perbuatan tidak betul, benar malah buruk itu kepada kehendak kuasa Allah melaksanakannya lebih zalim menyalah dan menganiaya orang lain tambah mengelak penghakiman dunia.

Memang benar sesuatu yang diizinkan Allah berlaku itu tetap berlaku tetapi bukan bermaksud Allah suka atau redha mengenainya oleh itu kalau sanggup tunggulah penghakiman pengadilan akhirat sebagaimana janjiNya bahawa IA tidak disoal tetapi kamulah yang akan disoal.

Soalnya sekarang unta berkudis mana sebenarnya yang patut diasingkan?

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Jika apa yang kukatakan benar? Katakan Ya, segera. Kalau kau sudah tahu dari awal penciptaan manusia.

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar Najib tangkaplah…

KLIK BACA: Adakah Zahid mahu lebih banyak pekung Najib didedah kepada umum? Shahbudin Husin

KLIK BACA: Khairy: Dr Mahathir, Anwar dan Kit Siang wajar tinggalkan politik

KLIK BACA: Dr Mahathir kritik hingga Najib hilang sabar, kata Zahid

KLIK BACANajib dakwa Dr Mahathir mahu anaknya jadi Perdana Menteri

KLIK BACA: Muhyiddin ulas keluhan TMJ apa sudah jadi Malaysia? mereka tiada sedikit pun rasa malu…

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

KLIK TERKINI: Saya bukan Melayu mudah lupa, selesai 1MDB ikut al-Quran – Hadi Awang


Tolong Komen & Share