Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik tanah air kerana mereka akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.

Beliau berkata individu yang dimaksudkan ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Bukan maksud saya apabila kita menyatukan rakyat, semua akan beri sokongan kepada BN, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah seperti mana hari ini di mana suasana politik Malaysia sangat penuh dengan keracunan, kebencian dan hasutan yang sebenarnya datang daripada tiga tokoh ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Wangsa Maju, di ibu negara hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya bekas pemimpin Umno, dilihat banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan diri masing- masing.

Katanya Kit Siang pula bertindak menanam pemikiran sempit dalam kalangan masyarakat Melayu yang boleh membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.

Justeru kata Khairy ketiga-tiga individu terbabit harus memberi peluang kepada generasi muda daripada parti masing-masing supaya ‘masalah lama’ sejak 20 hingga 30 tahun lepas tidak dibawa ke masa depan. -Bernama

Risalah Ana Ghoib: Betul atau tidak – Menteri selebriti penyokong hapus subsidi dan cukai tinggi GST – pengikut ketua kaya raya yang menjadi pencetus masalah baru yang tepu akal SALAH-BENAR – cuma larut dalam khayalan popularitinya untuk faedah dirinya sahaja – yang patut tinggalkan politik dan berniaga untuk jadi kaya raya bukan menjadi ketua penjawat awam yang tidak boleh disentuh!

Petikan firman Allah: Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya);

dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih).

Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka.

(Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)? – (Al-Munaafiquun 63:4)

Tulisan penuh TMJ sukan dan jet peribadi? – TMJ: Apa berlaku sahabat kesayanganku, Malaysia?

KLIK BACA: Siapa paling banyak aib? Adakah Zahid mahu lebih banyak pekung Najib didedah kepada umum?

KLIK BACA: Dr Mahathir kritik hingga Najib hilang sabar, kata Zahid

KLIK BACANajib pusing cerita Dr Mahathir mahu anaknya jadi Perdana Menteri

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

KLIK BACA: “Agamawan diheret pertahan salah laku 1MDB”

KLIK TERKINITun Mahathir beritahu GUARDIAN akan sokong Anwar jadi PM ketujuh

KLIK TERKINI: Saya bukan Melayu mudah lupa, selesai 1MDB ikut al-Quran – Hadi Awang

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff


Tolong Komen & Share