Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes mengucapkan tahniah kepada anak kapal pesawat AirAsia X penerbangan D7237 kerana berjaya mendarat dengan selamat bersama semua penumpang.

Portal The Malaysian Insight melaporkan Tony Fernandes menerusi akaun Facebook malam ini berkata beliau sangat bangga dengan anak kapal yang diketuai Kapten Ibrahim.

Beliau juga mengecam pengkritik dan media yang membuat tuduhan palsu terhadap anak kapalnya, terutama kapten yang meminta penumpang mendoakan keselamatan mereka selepas memaklumkan mengenai masalah teknikal yang sedang dialami.

“Jika syarikat penerbangan penuh, juruterbangnya pasti sudah dianggap hero. Tetapi kerana ia syarikat tambang murah, media dan kononnya pakar membuat tuduhan palsu dan melupakan tindakan hero kru kami.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada ramai rakyat Australia yang memuji AirAsia atas tindakan kami walaupun liputan buruk diterima di media,” katanya.

Seramai 359 penumpang berada di dalam pesawat itu ketika ia mengalami masalah teknikal, yang menyebabkan Airbus A330 itu “bergegar seperti mesin basuh”, ketika dalam perjalanan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad.

Pesawat syarikat tambang murah itu kembali ke lapangan terbang Perth, mendarat dengan selamat selepas kira-kira tiga jam ia berlepas.

Fernandes berkata daripada rakaman video insiden itu, dan emel serta mesej WhatsApp yang diterimanya, ternyata pengumuman kapten berkenaan menenangkan penumpang.

Beliau juga memuji pegawai pertama Vincent dan Purser Ruijaruuneglai yang melakukan tugas dengan baik dan berjaya membawa pulang semua penumpang dengan selamat.

Juruterbang berkenaan dikritik apabila meminta penumpang berdoa selepas kenyataannya disiarkan di media.

Western Australia Today memetik penumpang Sophie Nicholas sebagai berkata: “Beliau (kapten) berkata ‘Saya harap awak berdoa, saya pun akan berdoa dan berharap kita semua akan selamat’.”

KLIK BACA: BOSS AIRASIA pertahan pilot minta penumpang berdoa sewaktu kecemasan

KLIK BACA: Apandi keturunan pendekar Tok Awang Gagah, saman DOJ bersifat politik

KLIK BACA: Seperti Dcaprio dan Mirander Kerr adakah isteri MOI juga pulangkan berlian kepada DOJ