T. Nhaveen yang mati dipukul menjadikan komposer terkenal Bollywood, AR Rahman sebagai idolanya.- Foto Berita Daily

KUALA LUMPUR 17 Jun 2017: Berita kematian T. Nhaveen, yang dibuli dan dipukul dengan kejam oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, George Town, Pulau Pinang, Sabtu lepas, bukan sahaja mendapat perhatian warga Malaysia, bahkan turut menjadi bualan pengguna media sosial antarabangsa.

Remaja berusia 18 tahun ini meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 6 petang semalam.

Komposer terkenal India A.R. Rahman, yang merupakan idola Nhaveen, dalam catatan Twitternya mendoakan pemulihan Nhaveen, bagaimanapun beliau kemudian dimaklumkan mengenai pemergian Nhaveen menerusi satu catatan Twitter daripada orang awam.

Sementara itu seorang pelakon filem Tamil dari India, Vijay Antony turut berkongsi di laman Facebooknya petisyen dengan status ‘RIP (Rest In Peace)’.

Sebuah portal berita dalam talian yang berpangkalan di Chennai India juga turut memuat naik di Twitter mengenai Nhaveen, dengan tajuk “#Remaja Malaysia yang mati otak ini mahu menjadi seperti #ARRAhman.”

Selain itu petisyen yang dimulakan di www.change.org oleh R. Mukhesh bertajuk ‘Keadilan untuk T.Nhaveen dan Untuk Semua Mangsa Buli’ telah meraih 4,782 penyokong.

Pelakon Malaysia Ida Nerina turut berkongsi di laman Facebooknya: “Hati saya remuk seperti perasaan ibu malang Nhaveen dan Zul (Zulfarhan Osman Zulkarnain). Remuk dan berkecai.”

Perdana Menteri Najib Razak dalam catatan di Twitternya berkata keadilan dan tindakan tegas akan diambil atas kematian Nhaveen. Najib turut mengucapkan takziah kepada keluarga remaja itu.

Dalam insiden yang berlaku pada 2.10 pagi itu, Nhaveen dan seorang lagi mangsa berusia 19 tahun, sedang membeli burger apabila mereka ternampak dua lelaki dikenali dan mereka mula ejek-mengejek, sebelum enam lelaki lain tiba.

Dua mangsa itu dipercayai dipukul dengan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan tersebut sebelum mangsa yang berusia 19 tahun itu sempat melarikan diri dan memberitahu bapa saudaranya mengenai kejadian itu. -Bernama

KLIK BACA: Untuk makluman Apandi, Kit Siang ulas ‘perenggan panas’ DOJ sita aset 1MDB

KLIK BACA: Muhyiddin seru Rosmah pulangkan barang kemas RM128 juta

KLIK BACA: Nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low – Tuan Ibrahim PAS

KLIK VIDEO: Foto First Lady Rosmah dalam video Al-Jazeera


Tolong Komen & Share