Juruterbang wanita AirAsia dan AirAsia X bakal menyarungkan tudung putih jenama Naelofar Hijab yang direka khas bagi memenuhi keperluan kerja seharian mereka.

Ia adalah hasil kerjasama antara syarikat penerbangan AirAsia dan jenama tudung terkemuka, Naelofar Hijab.

“Ini kali pertama AirAsia bekerjasama dengan pereka fesyen untuk menghasilkan tudung kepada juruterbang wanita kami. Kami juga sedang mempertimbangkan semula penghasilan tudung rekaan baharu kepada kakitangan wanita yang bertugas di lapangan terbang,” kata Ketua Penjenamaan Serantau AirAsia Rudy Khaw dalam kenyataan dipetik Bernama.

Pengasas Naelofar Hijab, Neelofa Mohd Noor akui tawaran mereka semula tudung wanita adalah sesuatu yang mengujakan kerana syarikatnya berpeluang menghasilkan tudung yang selesa, menepati fungsi dan bergaya.

“Peluang bekerjasama secara rapat dengan juruterbang AirAsia dalam setiap aspek reka bentuk adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan kami amat gembira dengan produk akhir kami,” katanya.

Juruterbang wanita AirAsia terlibat secara rapat dengan pereka Naelofar Hijab bagi menghasilkan tudung yang menepati fungsi tetapi selesa untuk dipakai semasa beroperasi.

Sebelum memutuskan produk akhir, Naelofar Hijab mengeluarkan prototaip yang digunapakai oleh juruterbang syarikat penerbangan itu.

Ia menggunakan material kain dengan ciri tambahan, membolehkan regangan tambahan namun kemas supaya si pemakai mudah bergerak, selain perhiasan imej tandatangan Naelofar Hijab menggunakan batu Swarovski kristal sebagai sentuhan akhir.

KLIK BACA: Pilih Isa Samad atau saya, kata Zakaria kepada pemegang saham FGV

KLIK BACAZakaria jadi mangsa Isa Samad, kata Persatuan Anak Peneroka Felda 

KLIK BACA: Kucing Najib ‘status’ lebih penting dari jawab soalan?

KLIK BACA: Dr Mahathir – Jadi PM semula dengan syarat semua setuju – Nikkei Asian Review

KLIK BACA: Pekerja Proton tak dibenar bercakap bertemu saya, luah Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE