Dr Mahathir membayangkan kesediaan menjadi Perdana Menteri semula menggantikan Najib Razak. – Foto InspirasikuMahathir FB

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan mungkin menjadi Perdana Menteri semula dalam masa singkat tetapi dengan syarat dipersetujui semua pihak, katanya kepada Nikkei Asian Review sewaktu menghadiri forum di Jepun hari ini yang bertajuk ‘The Future of Asia”.

“Jika tidak ada calon… Saya akan cuba, tetapi dengan syarat bahawa semua bersetuju,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, matlamat utama beliau adalah untuk membantu pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Minggu lalu, Mahathir mengakui beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan untuk menjadi perdana menteri sekali lagi sekirannya Pakatan Harapan mahu beliau berbuat demikian.

“Saya tidak boleh abaikan rakan-rakan dalam pakatan Harapan. Jika mereka mempunyai rancangan sedemikian dan ia dipersetujui ramai, saya akan terpaksa mempertimbangkannya,” katanya.

Dr Mahathir, perdana menteri paling lama negara ini berulang-kali menegaskan bahawa beliau tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Meski pun jelas menyatakan keberatan namun tinjauan media pro-pembangkang majoritinya menyokong Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi.

Tinjauan oleh Invoke yang berkaitan PKR juga menyaksikan Mahathir muncul sebagai pilihan kedua paling popular HARAPAN untuk menjadi perdana menteri selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya mengapa beliau mampu bertahan selama 22 tahun sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata ini kerana dirinya tidak menyalahgunakan kuasanya.

“Saya berkuasa tetapi saya tidak menyalahgunakan kuasa saya. Sebab itu saya dipilih semula sebanyak lima kali,” katanya.

Walau bagaimanapun sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata seteru politiknya, Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi “terlalu kuat”.

Dr Mahathir berulang-kali mendakwa Najib mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan dana awam namun dinafikan oleh perdana menteri.

Nikkei Asian Review menyiarkan artikel wawancara itu sehari selepas pemimpin berusia 91 tahun itu memuat-naikkan gambarnya di Facebook bersama perdana menteri Jepun, Shinzo Abe.

KLIK VIDEO: Tun Mahathir pujuk Jho Low pulang jangan takut…

KLIK BACA: Pilih Isa Samad atau saya, kata Zakaria kepada pemegang saham FGV

KLIK BACATak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV, kata Datuk Zakaria Arshad 

KLIK BACAZakaria jadi mangsa Isa Samad, kata Persatuan Anak Peneroka Felda 

KLIK BACA: Kucing Najib ‘status’ lebih penting dari jawab soalan?

KLIK BACA: Pekerja Proton tak dibenar bercakap bertemu saya, luah Dr Mahathir

KLIK BACA: Zakaria Arshad digantung tugas – dakwa cuba hentikan pelaburan FGV yang tak masuk akal

KLIK BACA: Peneroka Felda mesti pertahan Zakaria Arshad CEO FGV

KLIK BACA: Peguam Najib dipuji buat pengakuan jujur berterus-terang

Tolong Komen & Share