Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau pernah mahu menjual Proton kepada syarikat automotif China, Geely sewaktu menjadi penasihat kereta nasional dahulu.

Dr Mahathir berkata kunjungkan tersebut merupakan kerjasama bagi mencari pembuat kereta untuk memperbaiki prestasi kereta Proton, bukannya mahu menjual Proton.

“Yang pertama, tak benar. Saya pergi melawat kilang Geely bersama Syed Mokhtar. Ini berlaku selepas saya bersara dan menjadi penasihat kepada Proton. Dan kita sedang mencari jalan untuk memperbaiki kereta Proton, satu daripadanya ialah menukar enjin, dan enjin kita dapati Geely ini telah beli Volvo dan Volvo ini pakar dalam bidang enjin.

“Saya pergi juga ke Sweden untuk mencuba kereta Volvo, kemudian baru saya pergi Geely. Ini berlaku semasa saya ada dalam Proton, bukan masa saya jadi Perdana Menteri.

“Kita nak tahu apakah jenis kerjasama yang boleh dilakukan dengan Geely seperti mana saya bersetuju untuk adakan kerjasama dengan volkswagon….

….Kita mencari pembuat kereta yang lain untuk memperbaiki prestasi kereta Proton,” katanya dalam sesi soal-jawab secara langsung di Facebooknya hari ini yang dikendalikan Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq.

Nota Ana Ghoib: Ibarat kata seorang pembaca di Majalah Review Malaysia – MRM bahawa memasarkan Proton di Malaysia mudahnya seperti memburu di dalam ZOO.

Jikalah mereka tidak putus asa dan keistimewaannya PROTON kereta nasional dilindungi sepenuhnya lalu salah silap segera diperbaiki anak tempatan yang berkarisma, berkaliber dan pandai berniaga seperti Tony Fernandes AirAsia tidak begini akhirnya.

Ambil contoh MAS yang memerlukan orang asing gaji berjuta hanya untuk memotong kos, memecat vendor dan memecat pekerja walhal anak tempatan tidak diutamakan. [Imej kejayaan orang barat yang didendangkan diterima semudah itu – rasionalisasi kononnya.]

Ana Ghoib mahu menambah Proton ini seperti Ringgit Malaysia jika diletak imej orang yang berpengaruh maka nilainya dipandang tinggi sebaliknya cubalah buat ujikaji meletakkan imej ahli politik mana yang paling laku.

Teringat pemandangan kedai pajak gadai China di Malaysia yang mana Mahathir pernah menyentuhnya di dalam buku beliau ‘Malay Dilemma’ di mana sikap melayu yang bergantung kepada menggadai barang bila sesak hutang atau keperluan. [*Rupanya berlaku sehingga kini dalam kes ini Geely China.]

Susunan:  Berita Mimpi – Ana Ghoib penasihat asing di Putrajaya…

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK VIDEO: Tun Mahathir mungkin terpaksa jadi PM sekali lagi

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Rakyat perlu ajar Najib bahasa paling difahami iaitu ‘bahasa undi’ – Salahuddin Ayub

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Lucu bila menteri bidas pengkritik Proton pun tak beli kereta Proton?

Tolong Komen & Share