Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan cadangan menjadi perdana menteri sekali lagi jika Pakatan Harapan (HARAPAN) merancang sedemikian.

Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan semasa sesi secara langsung di laman Facebooknya apabila ditanya sama ada beliau bersetuju menjadi perdana menteri sekali lagi jika pembangkang menewaskan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan saya dalam HARAPAN. Kalau mereka mempunyai cadangan seperti itu dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbangkannya,” katanya.

Bagaimanapun, Mahathir menegaskan beliau tidak bersetuju untuk menjadi perdana menteri lagi.

“Saya telah nyatakan bahawa setelah saya bersara, saya tidak akan jadi PM lagi,” jelasnya.

Mahathir berulang kali menyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak merancang untuk bertanding pada PRU14 dan tidak tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjadi pemimpin nombor satu negara buat kali kedua.

Menurut Dr Mahathir, pengalaman lama menjadi perdana menteri membolehkan beliau masih memainkan peranan memberikan nasihat berguna kepada kerajaan memerintah.

“Kalau saya diberi peluang memberi pendapat… saya bersedia mengambil bahagian untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi,” katanya.

Antara nasihat itu ialah mendapatkan pandangan pakar melalui jawatankuasa khas untuk membincangkan sesuatu isu, kaedah yang digunakannya pada kemuncak krisis ekonomi 1990-an.

“Ini cara saya guna di waktu krisis matawang,” katanya.

Pada September 1998, Dr Mahathir mengejutkan pasaran matawang dunia apabila mengumumkan langkah mengikat nilai ringgit kepada RM3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat, di sebalik dakwaan ringgit Malaysia menghadapi serangan “penyangak matawang”, istilah yang digunakan olehnya terhadap tokoh perniagaan AS, George Soros.

“Itu cara saya, saya harap perdana menteri baharu akan menggunakan cara itu dan saya bersedia mengambil bahagian,” kata Dr Mahathir.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK VIDEO: Dr Mahathir nafi dakwaan pernah mahu jual Proton kepada Geely

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Rakyat perlu ajar Najib bahasa paling difahami iaitu ‘bahasa undi’ – Salahuddin Ayub

Tolong Komen & Share