KM Lim Guan Eng dimajlis berbuka puasa pada tahun 2016 – Foto Cucu Tok Selampit blog

oleh Shahbudin Husin

Sudah menjadi amalan dan kebiasaan di seluruh dunia, orang bukan Islam akan turut sama meraikan setiap kali hadirnya Ramadan.

Ia tidak saja melibatkan pemimpin-pemimpin dunia, malah juga orang-orang biasa.

Mereka tidak sekadar menghargai ketibaan Ramadan dengan memberi ucapan kepada rakan-rakan yang beragama Islam, malah turut mengambil peluang untuk merasai nikmat berbuka puasa bersama umat Islam.

Perdana Menteri Kanada dan Perdana Menteri Singapura adalah antara pemimpin dunia yang biasa hadir dalam majlis-majlis berbuka puasa.

Terdapat juga, pemimpin dunia, Barack Obama misalnya, pernah menganjurkan majlis berbuka puasa di Rumah Putih yang menjadi tumpuan dunia itu.

Malangnya, di Malaysia ada pula percubaan untuk menghalang pemimpin bukan Islam yang bernama Lim Guan Eng yang menjadi ketua kerajaan Pulau Pinang daripada menghadiri majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Kata mereka yang ekstrem itu sambil berdemo, kalau Guan Eng nak hadir berbuka puasa, masuklah Islam dulu.

Islam apa mereka itu?

Di mana letaknya keindahan Islam dan Islam sebagai “rahmatan lil alamin” jika orang bukan Islam mahu turut serta merasai nikmat berbuka puasa pun tidak dibenarkan?

Golongan ekstrem ini, jika dibiarkan dan tidak segera dibendung, tidak mustahil suatu hari nanti orang bukan Islam mahu membeli juadah di bazar Ramadan juga mahu disekatnya sama.

Peliknya, tak kedengaran pula mereka ini melarang Presiden MCA, Presiden MIC atau Presiden Gerakan agar jangan hadir majlis berbuka puasa?

Kenapa hanya Guan Eng saja yang mahu dilarang?

Kenapa juga ketika Pas berpeluk dengan DAP dulu, semua ini tidak kedengaran, bahkan mereka sebaliknya begitu gembira dapat berbuka puasa bersama-sama Guan Eng?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Tulisan merupakan pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian Malaysian Review. | Foto kredit FMT

KLIK BACA: Remaja melayu seronok buka puasa bersama bapa angkat Cina

KLIK BACA: Lucu bila menteri bidas pengkritik Proton pun tak beli kereta Proton?

KLIK BACA: Bagaimana jika ketika ini Pak Lah kurang setia kritik tak puji Najib? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Tun Mahathir pujuk Jho Low pulang jangan takut…

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Rafizi sekolahkan Najib pelajaran cukai GST

KLIK BACA: Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share