PUTRAJAYA 27 Mei, 2017 – Proton Holdings Bhd. (Proton) tempohari melupuskan 100 peratus kepentingannya di dalam Lotus Advance Technologies Sdn. Bhd. (Lotus) kepada dua buah syarikat, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dan Etika Auto Sdn. Bhd. (EASB) pada harga 100 juta pound atau kira-kira RM555.96 juta.

Syarikat dari China, Geely menguasai 51 peratus kepentingan Lotus manakala EASB yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar memiliki baki 49 peratus saham pengeluar kereta sport itu.

Dengan membeli 49 peratus kepentingan Lotus, EASB perlu membayar 49 juta pound atau kira-kira RM272 juta kepada Proton.

Bernama melaporkan Etika adalah milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary manakala The Sun melaporkan bahawa Syed Mokhtar merupakan pemegang saham dalam Etika dan DRB-Hicom.

Portal MalaysiaGazette melaporkan Pengarah Urusan DRB-Hicom Bhd., Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, kedua-dua syarikat berkenaan tidak menjalinkan konsortium untuk membeli Lotus sebaliknya beraksi secara berasingan.

Menurut Forbes, Syed Mohktar memiliki aset bernilai AS$1.8 bilion (RM7.74 bilion), dan menjadikannya orang ke-10 terkaya di Malaysia tahun ini.

Empayar perniagaan Syed Mokhtar telah dipelbagaikan meliputi penjanaan kuasa, beras, gula, bank, pelabuhan, perladangan dan pembuatan kereta melalui tiga syarikat utama – MMC, Tradewinds dan DRB-Hicom.

Pada tahun 2012, Syed Mokhtar membeli saham Proton daripada Khazanah melalui DRB-Hicom, dan kemudiannya menswastakan pengeluar kereta nasional itu.

Syed Mokhtar dikenali sebagai seorang yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengilhamkan penubuhan pengeluar kereta nasional, Proton.

KLIK BACA: Bagaimana jika ketika ini Pak Lah kurang setia kritik tak puji Najib? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Proton buah fikiran saya kini milik orang asing – Tun Mahathir

KLIK VIDEO: Tun Mahathir pujuk Jho Low pulang jangan takut…

CLICK READDr Mahathir – I will die as I will watch our beloved country sold to foreigners to settle debt

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Rafizi sekolahkan Najib pelajaran cukai GST

KLIK BACA: Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE