Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengulas mengenai perjanjian Geely-Proton.  – Foto The Star

PUTRAJAYA – Sasaran utama firma automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd adalah untuk memiliki jenama Lotus apabila ia membeli saham dalam Proton.

Datuk Seri Ong Ka Chuan juga menyifatkan pengasas Geely, Li Shufu sebagai seorang “budiman”.

Beliau berkata mendedahkan ini kerana firma itu bersetuju membeli kepentingan 49.9 peratus dan bukannya kepentingan majoriti untuk membolehkan Proton kekal sebagai kereta nasional Malaysia.

Walaupun sasaran firma itu adalah Lotus, Ong yang juga adalah Setiausaha Agung MCA, percaya bahawa Proton akan turut mendapat manfaat dalam proses itu.

Beliau berkata Geely boleh membantu Proton untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menaik taraf kereta itu, dan ini seterusnya akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Ong berkata Malaysia juga berharap untuk memasuki pasaran China melalui Geely.

“Awak boleh cakap apa sahaja, tetapi Proton tidak rugi (akibat perjanjian ini). Ia selama ini kerugian, dan jika ini tidak dihentikan atau jika tanpa Geely, Proton tidak lagi dapat bertahan.

“Geely mempunyai teknologi canggih. Sebelum mengambil alih kepentingan dalam Proton, firma itu juga telah membeli Volvo dan London Taxi,” katanya yang dipetik oleh akhbar Cina, Kwong Wah Yit Poh.

Perjanjian dengan DRB-Hicom akan menyaksikan Geely memperoleh kepentingan 51 peratus dalam Lotus.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas perjanjian itu, dengan mendakwa bahawa kepentingan negara sedang dijual kepada orang asing.

KLIK BACA: Syed Mokhtar turut beli 49% saham Lotus pemilik bersama dengan China

KLIK BACA: Bagaimana jika ketika ini Pak Lah kurang setia kritik tak puji Najib? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Proton buah fikiran saya kini milik orang asing – Tun Mahathir

KLIK VIDEO: Tun Mahathir pujuk Jho Low pulang jangan takut…

CLICK READDr Mahathir – I will die as I will watch our beloved country sold to foreigners to settle debt

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Rafizi sekolahkan Najib pelajaran cukai GST

KLIK BACA: Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

SHARE