Tun Dr Mahathir berkata, tindakan beliau keluar daripada Umno buat kali ke-3 adalah untuk selama-selamanya. – Foto The Malaysian Insight

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir berkata beliau sudah “membakar jambatan” dengan parti yang dipimpinnya sejak sekian lama.

“Saya sudah membakar jambatan (dengan Umno),” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam dalam wawancara bersama portal Free Malaysia Today.

“Hakikatnya tiada lagi Umno yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar, yang dipimpin Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein, itu Umno tulen. Sekarang ia bukan lagi Umno, tetapi alat Najib untuk pertahan diri guna duit,” katanya.

KLIK BACA: DoJ paksa jual harta Jho Low yang menghilang diri di New York – NYT

Segelintir dalam pembangkang juga ada merasakan keberadaan Dr Mahathir dalam barisan pembangkang hanyalah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada kedudukan presiden Umno sebelum menyertainya kembali.

Kebimbangan itu memandangkan Dr Mahathir pernah 2 kali keluar daripada Umno sebelum ini.

Kali pertama adalah pada 1969, apabila beliau dipecat selepas pertelagahannya dengan Tunku Abdul Rahman ekoran kritikannya terhadap pentadbiran ketika itu.

Beliau menyertai parti itu 3 tahun kemudian selepas Tun Abdul Razak mengambil alih pentadbiran negara.

Kali ke-2 pada 2008, di mana beliau sendiri mengisytiharkan keluar daripada parti Melayu itu dalam usahanya mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada jawatan perdana menteri.

Sekali lagi, beliau menyertai semula Umno setahun kemudian. “Walaupun saya di luar, hati saya tetap bersama Umno,” katanya ketika menghantar borang keahlian kepada Najib ketika itu.

Namun kali ini, hati Mahathir bersama parti yang ditubuhnya beberapa bulan yang lalu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ketika zaman Tunku, saya dikeluarkan. Tetapi saya tidak sertai, tidak sokong parti lain. Demikian juga bila saya keluar di zaman Pak Lah.

“Tetapi kali ini saya bukan sahaja keluar dari Umno, tetapi menentang dan tubuh parti lain untuk menjatuhkan Umno,” katanya dalam wawancara itu.

KLIK BACA: Patutlah Najib tak dapat berselfie dengan Trump di Riyadh 

KLIK BACA: DoJ paksa jual harta Jho Low yang menghilang diri di New York – NYT

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: TMJ – Khairy jadi Askar Wataniah lebih baik dari jadi menteri

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Tun Mahathir pelik dengan SPRM, ahli politik boleh rasuah sebelum PRU?

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE