KUALA LUMPUR – Perodua Myvi mencipta sejarah baharu apabila pengeluarannya menghampiri satu juta unit.

Myvi diperkenalkan pada bulan Mei 2005 dan menjadi model kereta nombor satu sehingga akhir 2014.

Sehingga hari ini, model kereta itu masih dalam kategori jualan kereta terbaik negara.

“Setakat ini, kami telah menghasilkan hampir satu juta Myvi sejak tahun 2005 dan jumlah itu akan dicapai dalam bulan ini,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Myvi telah dijual di tujuh buah negara sejak tahun 2006 termasuk Sri Lanka, Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji dan Nepal.

Pasaran eksport terbesar Myvi adalah Indonesia di bawah jenama Daihatsu Sirion dengan 31,000 buah dijual sejak tahun 2007.

Aminar berkata, keseluruhannya Perodua telah mengeksport 35,400 model Myvi/Sirion sejak tahun 2006.

“Kami akan terus mengeluarkan model ini kerana permintaan masih kukuh,” katanya lapor portal MalaysiaGazette.

KLIK BACA: Tun Mahathir pelik dengan SPRM, jadi ahli politik boleh rasuah sebelum PRU?

KLIK BACA: Tun Mahathir harapan rakyat subsidi dikembalikan


Tolong Komen & Share