Di sebalik insiden kekasaran pengarah filem David Teo dikasari di depan Najib yang mencemari dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) malam tadi, terselit juga babak-babak menceriakan.

Pengacara majlis Rosyam Nor misalnya sempat mengusik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan cintanya kepada isteri Rosmah Mansor.

Selitan itu berlaku sebelum sesi soal jawab dibuka untuk mendengar pandangan dan menjawab soalan hadirin.

“Saya nak tanya soalan, selit sikit,” katanya sebelum mengusik Najib.

“Kat mana Datuk Seri suka pada Datin Seri masa dulu? Kat mana itu? Macam mana boleh jatuh cinta?” soalnya membuatkan suasana dewan ceria.

Najib juga kelihatan tersipu-sipu mendengar soalan itu tetapi tetap menenangkan diri.

Rosmah turut hadir dalam acara itu dan duduk di bahagian depan sekali. Beliau juga kelihatan tersenyum.

“Tak tahulah. Dia ada juga dia punya daya tarikannya,” kata Najib yang disambut gelak ‘nakal’ Rosyam dan orang ramai.

Najib kemudian menepuk bahu Rosyam dan turut ketawa.

Majlis di Seri Perdana – kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya – itu kemudian diteruskan dengan soalan berkaitan industri hiburan.

KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Polis digesa tangkap Mat Over 

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Kita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir



Tolong Komen & Share