Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan kumpulan bersenjata mendarat di Lahad Datu, Sabah – Foto DinMerican

Ahmad Zahid ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terdapat kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata pihak berkuasa masih belum menemui sebarang bukti berhubung dakwaan berkenaan.

“Kita sudah membuat pemeriksaan tetapi setakat ini belum jumpa lagi apa-apa yang boleh dikaitkan, jadi tiada bukti laporan itu tepat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Kenangan Persatuan Pegawai Kanan Polis Pencen Malaysia (RESPA) 2017 di ibunegara malam tadi.

Kelmarin dilaporkan seorang pekerja ladang berusia 52 tahun membuat laporan polis selepas terserempak lima lelaki bersenjata di ladang Sawit Blok 8, Felda Sahabat 2, Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika membersihkan kebun sawit.

Lima lelaki bersenjata itu juga dikatakan sempat memberitahu pekerja ladang tersebut bahawa 37 orang telah mendarat di pantai dan tujuan mereka datang adalah untuk menyelamatkan penduduk di Sabah. – BERNAMA

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya



Tolong Komen & Share