Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini ditanya mengenai hubungannya dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang ingin ditumbangkannya.

Portal KiniTV melaporkan Nazir duduk di barisan hadapan semasa Nurul Izzah berucap mengenai evolusi politik beliau pada Forum Economi Dunia (WEF) di Phnom Penh.

Pada akhir ucapannya, Nurul mula menerima soalan dan turut bertanya kepada Nazir sama ada beliau mempunyai sebarang soalan yang mendorongnya untuk bertanya:

“Bolehkah anda berkongsi sedikit mengenai pertemuan pertama anda dengan Mahathir selepas segala-galanya, adakah begitu mudah untuk memaafkannya?”.

Nurul Izzah menjawab dengan mengatakan bahawa kali pertama matanya bertentang dengan Mahathir adalah detik yang amat sukar.

“Anda bercakap tentang hampir 20 tahun yang berlalu, bertahun lamanya berulang alik ke penjara untuk melawat ayah saya.

“Tetapi, saya fikir kita harus memahami bahawa anda mungkin membenci lelaki itu kerana tindakannya, kini anda perlu sedari kewujudannya.

“Bagi saya, saya mengalu-alukan semua untuk menjadi sebahagian daripada agenda reformasi selama mana mereka jelas bahawa tidak ada justifikasi untuk apa-apa jenis diktator atau autokrasi,” tambah ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

KLIK BACATun Mahathir Perdana Menteri sementara stabilkan politik dan ekonomi, kajiselidik Deklarasi Rakyat

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACABersiaplah hadapi Tsunami rakyat sempena Ulang Tahun Umno Ke-71 – ZAM

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

MESTI BACA: Sanusi: Orang terkorban bertanya pasal 1MDB

KLIK BACA: Undi PAS tak boleh bentuk kerajaan buat apa, soal bekas pengarah urusan Harakah 

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?


Tolong Komen & Share