PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyampaikan mesej khusus kepada penduduk Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tun Mahathir berharap penduduk Pekan menolak Najib pilihan raya akan datang.

Mesej itu disiarkan dalam video di Facebook parti baru yang diasaskannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

“Sebab itu saya berpendapat bahawa rakyat dan pengundi di Pekanlah yang boleh untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib,” katanya.

“Dia pada tahun 1999 hampir kalah tetapi kali ini penduduk dan pengundi di Pekan berpeluang untuk menyelamatkan negara ini dengan mengalahkan Datuk Seri Najib.”

Tun Mahathir juga mengingatkan bahawa Najib hampir kalah dalam pilihan raya umum kawasan parlimen itu sebelum ini.

Jika perkara itu benar-benar berlaku, anggota parlimen BN perlu melantik wakil rakyat lain sebagai perdana menteri, walaupun berjaya dalam pilihan raya umum.

Dalam pilihan raya umum 1999, Parlimen Pekan kubu kuat Najib tergugat apabila beliau hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis 241 undi sahaja.

Najib mendapat 13,148 undi manakala pencabarnya daripada PAS Ramli Mohamed mendapat 12,907 undi.

Tun Mahathir turut berpesan supaya pemilih menyokong mana-mana parti lawan yang akan bertanding di Pekan dalam pilihan raya depan.

Di samping mendoakan kesihatan buat penduduk kawasan itu, Mahathir juga berharap golongan itu “meneruskan perjuangan” untuk bangsa dan negara.

Beliau bagaimanapun mengaku menyanjung bapa Najib, Tun Razak, yang juga perdana menteri kedua yang disifatkan sebagai ikonnya.

“Dengan itu saya pun (sebelum ini) sokong Datuk Seri Najib supaya dia juga dapat menjadi PM, tetapi setelah dia menjadi PM, tingkah laku dan perbuatannya amat berbeza daripada bapanya Tun Razak,” katanya.

Mahathir turut mengingatkan berkaitan isu dana RM2.6 wang ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan skandal berkaitan 1MDB.

Najib berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi manakala pengganti Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail iaitu Tan Sri Apandi Ali pula membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

KLIK BACA: Iran ancam hancurkan seluruh Arab Saudi kecuali Makkah dan Madinah

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

KLIK BACA: Kita berada pada zaman yang menakutkan – Tun Mahathir

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu

KLIK BACA: 29 Dalil Kesalahan-kesalahan krusial Kit Siang

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya


Tolong Komen & Share