Muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, di sini, gempar apabila dilanda kejadian ribut kira-kira jam 7 malam tadi. – Foto Sinar Harian

Beberapa orang dilaporkan cedera selepas ribut melanda khemah di kawasan berlangsung Muktamar tahunan PAS di Alor Setar malam ini.

“Gerai (terjejas). Khemah telah dilanda ribut,” kata Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kepada wartawan melalui mesej WhatsApp.

Pegawai PAS berkata sekurang-kurangnya 18 orang termasuk kanak-kanak cedera, manakala beberapa orang mengalami keretakan tulang dan cedera di kepala.

Ambulan dan jentera pemadam kebakaran dilihat tiba di tempat kejadian yang telah ditutup kepada orang ramai.

Semua acara pada malam ini dibatalkan lapor Malaysiakini.

Nota Ana Ghoib: Jangan marah kepada risalah peringatan ini kerana Rasulullah SAW menangis melihat awan hitam ribut – tetapi kenanglah juga Allah itu Maha Halus Perkasa dalam urusannya dan hitungannya Amat Cepat.

Teringat seminggu selepas seorang Datuk mahu meludah tangan Datuk Tua pangkat Ayahnya maka hidungnya pun berdarah dan kali ini dua hari selepas kamu mengucapkan Jahanam [muslim] kalian pula ditimpa bencana yang kamu sendiri tahu ia dihantar Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Terang penglihatanNya. [Sami’ul Bashir]

Thoha jemaah yang sanggup melaknat dan bercerai…insaflah dan berpada-padalah sungguh kejadian ini sudah tertulis sejak sebelum kamu diciptakan.

Apakah tiada kasihan dan simpati kerana salah dan dosa yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil mengaku berilmu diantara kamu namun mereka tak berdosa menjadi mangsa tidak menginsafkan?

Bilamana hati nurani tahu perkara itu salah dan batil tetapi tetap melakukannya demi hubub dunia, pangkat dan kuasa? Maka Allah pun menguji apa yang mereka bimbangi tidak dapat dan hilang itu….

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. – (Al-Hujuraat 49:1)

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? – (Al-Mulk 67:17)

Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun. – (Al-A’raaf 7:155)

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. -(Al-Mu’minuun 23:116)

Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. – (Al-‘Ankabuut 29:40)

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: ‘Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Syaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir



Tolong Komen & Share