Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengatakan beliau masih tercari-cari tempat untuk bergantung.

Mahfuz berkata, dakwaan itu adalah tidak benar dan berasa kesal dengan apa yang diperkatakan oleh Naib Presiden Pas itu.

Katanya, sejak kecil emak dan ayah mengajarnya bahawa ALLAH sahaja tempat saya bergantung.

“Tetapi sejak kebelakangan ini, rakan-rakan saya dalam Pas banyak yang salah faham dengan saya,” katanya ketika ditemui di majlis sembang santai Bersatu oleh wartawan Sinar Harian. 

Mahfuz berkata, beliau cuma nak tengok perubahan dalam negara dan seharusnya dia melakukan sesuatu dan bukan hanya mendiamkan diri.

Katanya, Pas perlu melihat kepentingan menyeluruh, bekerjasamalah dengan pakatan yang besar untuk memastikan BN tumbang pada PRU akan datang.

“Namun begitu, apa yang terjadi pada hari ini, sikap pemimpin Pas yang sebegitu menyebabkan Pas terus terpinggir dari arus perdana politik.

“Seharusnya semua parti bekerjasama tumbangkan BN. Saya tak mahu fikir untuk selamatkan parti saya (Pas). Tetapi saya mahu berfikir bagaimana cara untuk menyelamatkan rakyat,” katanya.

Menurutnya, matlamat utamanya adalah untuk membantu rakyat keluar dari pelbagai bebanan hidup yang diwujudkan kerajaan seperti perlaksanaan pelbagai jenis cukai.

“Kepada rakan seperjuangan saya di dalam Pas, jangan kata saya mencemuh Pas. Saya tidak pernah mencemuh anda, cumanya saya ingin merayu kepada mereka untuk bersama-sama maju ke hadapan.

“Saya merayu lagi sekali, jangan salah faham dengan saya, saya lakukan semua ini hanya untuk rakyat dan negara,” katanya.

Mahfuz turut mengucapkan tahniah kepada ahli Bersatu yang berani berubah.

“Saya yakin PRU14 ini akan berlaku perubahan besar. Penubuhan Bersatu boleh dianggap sebagai tsunami politik baharu,” katanya.

KLIK BACA: Najib gesa nilai moral tinggi tak masuk akal, kata Dr Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Hishammuddin didesak siasat Scorpene era Najib

KLIK BACA: Keretakan terasa, Zahid dah mula main sindir perli 

KLIK BACAKelantan serambi Mekah bidas ‘Melayu berjiwa sekular’ Zaid & Husam?

KLIK BACA: Jawab siapa 17 penerima dana SRC yang dipinjam dari wang pencen – Rafizi

KLIK BACA: Kerana PAS orang melayu tidak lagi MAJORITI – Tun Mahathir

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir



Tolong Komen & Share