Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan PAS kini berada dalam keadaan lebih baik berbanding parti-parti lain.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, semua parti politik di Malaysia menghadapi masalah kecuali PAS yang sudah kebah daripada demam.

“Umno berpecah keluar (jadi) BERSATU (Parti Pribumi Bersatu), Umno sekarang sedang demam.

“PKR berpecah dua. Ada orang mengatakan serangan dibuat (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli bukan untuk menyerang PAS tetapi untuk cepatkan putusnya tahalus siyasi antara PAS dan PKR.

“Supaya kumpulan yang cenderung kepada pas boleh disingkirkan daripada PKR,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Sabtu lalu.

Rakaman ucapan itu disiarkan dalam Facebook beliau.

Terdahulu, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa belia mempunyai bukti bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menerima dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun Nasharudin dan PAS menafikan dakwaan itu.

Mengulas mengenai masalah dihadapi DAP pula, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berkata, parti itu sedang menghadapi demam denggi berdarah.

“DAP menghadapi masalah apabila empat orang wakil rakyatnya di satu parlimen dan tiga ADUN keluar parti. Yang kita dapat maklumat ada beberapa orang lagi yang menunggu untuk keluar.

“Di Pulau Pinang baru-baru ini seorang wakil rakyatnya minta secara terbuka supaya (ketua menteri) Lim Guan Eng letak jawatan kerana dia menghadapi tuduhan rasuah dalam pembelian banglo.

“Dalam ketiga-tiga parti ini DAP yang paling teruk, demamnya adalah demam denggi dan mengikut diagnosis doktor, dengginya adalah denggi berdarah,” katanya yang menggunakan bidalan.

Tambah Mohd Amar, penyakit denggi berdarah dihadapi DAP sukar diubati “walaupun rebusan ketam dalam kuantiti banyak sebaliknya perlu makan sekali dengan periuk”.

Sementara itu, beliau menegaskan betapa PAS dalam segi politik merupakan parti yang stabil dan paling kuat khususnya untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-14.

“Walaupun kita menghadapi masalah dalaman selepas muktamar baru-baru ini, tetapi kita sudah melepasi demam tersebut. Sudah kebah, cuma mulut pahit.

“Sebab itu bila tengok ‘Oren’ rasa geram nak makan, kerana mulut pahit,” katanya, dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menggunakan warna rasmi oren. – Malaysiakini

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACA: Rafizi saman Raja Petra bawa balik Malaysia hadapi perbicaraan

KLIK BACAShahbudin buktikan Hadi salah suruh pilih Pas atau Umno

KLIK BACA: Pelantikan Hisham – Najib bimbang hadapi PRU14

KLIK BACA: Pemikiran Husam setanding Dr Mahathir – Mohd Sayuti Omar

KLIK BACA: Gurindam Seloka Tuduhan Derma RM90 Juta PAS

KLIK BACA PENJELASAN: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?



Tolong Komen & Share