Ahli politik pembangkang membidas BN kerana didakwa memungkiri janji pilihan raya untuk mengurangkan harga kenderaan, terbaru dengan menjana peningkatan duti eksais sebanyak lima peratus ke atas kenderaan tertentu.

“Semalam, Paul Tan Automotive News, laman web automotif popular mendedahkan kerajaan meningkatkan duti eksais ke atas MPV (kenderaan pelbagai guna) bajet sebanyak lima peratus kepada 65 peratus.

“Kenderaan yang terjejas oleh peningkatan duti eksais termasuk Honda BR-V, Toyota Sienta, Toyota Avanza, Perodua Alza dan Proton Ertiga.

“Dijangkakan pengeluar kereta akan memindahkan peningkatan dalam duti eksais kepada pelanggan, dan ini akan membuatkan kenderaan menjadi lebih mahal,” kata Ketua Biro Publisiti DAP Perak Chong Zhemin dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan telah mengumumkan duti eksais untuk MPV, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan van berkapasiti 1.5 liter ke bawah dinaikkan sebanyak lima peratus daripada 60 peratus kepada 65 peratus berkuat kuasa 1 April.

Menurut Akta Eksais 1976 dalam Perintah Duti Eksais 2017 yang berkuat kuasa pada 1 April 2017, ia telah menggariskan duti eksais hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh para pengilang atau pengimport.

“Langkah BN untuk menaikkan duti eksais ke atas bajet MPV adalah satu pengkhianatan ke atas manifesto PRU13 untuk mengurangkan harga kereta sebanyak 30 peratus.

“Sejak tahun 2013, pengeluar kereta telah menaikkan harga kereta sekurang-kurangnya dua kali kerana ringgit yang melemah.

“BN bukan sahaja gagal untuk merumuskan dasar untuk mengurangkan harga kereta, mereka juga telah gagal untuk meneutralkan kesan susut nilai ringgit yang menjurus kepada kenaikan harga kereta,” kata Chong. – Malaysiakini

KLIK BACA: Dr Mahathir dakwa Najib melampaui batas kuasa

KLIK BACA: 8 tahun derita di bawah pemerintahan NAJIB

KLIK BACA: Rafizi: SPRM ada bukti orang rapat dengan PAS dapat duit Najib

KLIK BACA: Kerana polis Najib hilang peluang bersih nama, tulis Tun Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib merugikan bangsa – Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam pertarungan besar politik

KLIK BACA: Rafizi lapor polis Jho Low, desak rakyat lakukan perkara sama

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE