PARIS 12 Jun – Kira-kira 1,800 penerbangan terpaksa dibatalkan di Perancis selepas pekerja kawalan trafik udara melancarkan mogok selama tiga hari bermula semalam.

Mogok berkenaan diadakan di lapangan terbang Charles de Gaulle dan Orly di Paris, lapangan terbang Nice, Lyon, Marseille dan Toulouse sebagai membantah penstrukturan semula sistem kawalan trafik udara di Eropah yang akan menyebabkan pengurangan pekerja dan penambahan beban kerja.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan terbesar di Perancis, Air France berkata, pembatalan jadual tersebut hanya melibatkan penerbangan jarak sederhana dan pendek sahaja. – Sumber  DPA

 

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share