Veteran Umno Datuk Siti Rahmah Kassim meninggal dunia – Foto Telekom Malaysia Youtube

Takziah kepada keluarga veteran Umno Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia semalam 24 Mac, 2017.

Allahyarhamah Siti Rahmah yang juga pejuang kemerdekaan itu meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kelana Jaya pada 10.55 pagi semalam, meninggalkan empat anak perempuan dan seorang lelaki. – Bernama


WIKIPEDIA: Dato’ Hj. Siti Rahmah Kassim (lahir di Kampung Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan, Malaya Britania, 30 November 1926; umur 90 tahun) adalah seorang pejuang kemerdekaan Malaysia dari Negeri Sembilan.

Siti Rahmah merupakan orang Malaysia pertama yang menyerahkan gelang emas (hadiah pernikahan dari ayahnya) kepada Tunku Abdul Rahman untuk biaya ke London dalam rangka menuntut kemerdekaan Malaysia dari Inggris. Ia kemudian dikenal sebagai “Tokoh Gelang Kemerdekaan”.

Ketika Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden UMNO berbicara di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka, Bapak Kemerdekaan Malaysia itu berkata sambil meneteskan air mata bahwa ia bersama raja-raja Semenanjung Malaya hendak ke London, Inggris, menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Ia mengatakan UMNO tak punya wang untuk biaya perjalanan. Tetesan air mata Tunku Abdul Rahman kemudian menggugah Siti Rahmah.

Ia lalu berdiri dan berkata: “Tunku, saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik menyumbangkan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaan negara. Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku”.

Dengan memohon izin pada Tunku Abdul Rahman, Siti Rahmah kemudian menyerukan pada semua hadirin untuk ikut menyumbang bagi biaya perjalanan rombongan yang akan ke London.

Sesaat kemudian, terinspirasi oleh Siti Rahmah, para pembesar UMNO beserta hadirin lainnya satu-persatu menyumbangkan wang ataupun barang dalam berbagai bentuk, seperti rantai emas, kerongsang, jam, pin baju, cincin dan subang, termasuk tongkat berkepala emas.

Awalnya niat Siti menyumbangkan gelang emas dirahasiakan agar tak diketahui ibunya. Namun kemudian ibunya mengetahui setelah diberi tahu orang lain. Ibunya kemudian marah dan memukul Siti hingga mengeluarkan darah. Baju Siti yang berlumur darah kemudian disimpannya sebagai kenangan “tetesan darah kemerdekaan”.

Umno Online: Bekas guru di Sekolah Perempuan Melayu Sungai Star, Parit Buntar, Perak serta ibu kepada lima orang anak ini mendapat sokongan padu daripada suaminya Allahyarham Ustaz Mohd Majzub Haji Yunus di dalam perjuangannya.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Pegawai Penerangan UMNO Malaya di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tan Sri Syed Jaafar Albar.

Ketua Kaum Ibu Bahagian Rembau ini menjadi wanita pertama sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan, kawasan Terentang, dari tahun 1959 hingga 1969 atas tiket Perikatan.

Perjuangan beliau mendapat pengiktirafan dengan dianugerahkan Tokoh Wanita UMNO Malaysia, Tokoh Ibu Mithali Peringkat Negeri Sembilan, Tokoh Wanita Perkim dan Srikandi Negara, serta darjah kebesaran seperti Ahli Mangku Negara dan Johan Setia Mahkota.

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

admin
Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *