Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji hartawan China, Jack Ma berikutan komitmen meletakkan Malaysia ke arah ekonomi digital dan memujinya kerana memberi makna positif kepada perkataan Melayu “ali baba”.

Bercakap pada pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) di Kuala Lumpur, Najib berkata perkataan “ali baba” di Malaysia merujuk kepada perusahaan yang menggunakan nama Melayu.

Tetapi Ma mengubahnya menerusi kejayaan gergasi dagangan dalam talian, Ali Baba Group yang diasaskan jutawan itu, kata Najib.

“Ali baba’ sekarang adalah perkataan yang paling menarik. Semua orang mahu jadi rakan kongsi kamu, tapi kami dapat dulu,”kata Najib.

Najib berkata Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menempatkan DTFZ di luar China, dengan menarik banyak perhatian dalam proses tersebut.

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Jangan cemburulah saya untung bukan ambil tanah percuma sesuka hati jual” – Sultan Johor


Tolong Komen & Share