Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda dan anak syarikatnya mencatatkan kerugian tidak nyata sebanyak RM1.21 bilion hasil pegangan sahamnya dalam Felda Global Ventures Bhd.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, Felda dan anak syarikatnya memegang kepentingan 33.8 peratus dalam FGV.

“Walau bagaimanapun, kerugian tidak nyata tidak direkodkan dalam penyata kewangan Felda, ini adalah kerana FGV dikategorikan sebagai sebuah syarikat bersekutu milik Felda.

“Oleh itu, pegangan saham Felda dalam FGV direkodkan sebagai pelaburan dalam syarikat bersekutu di mana FGV direkodkan pada kos dengan nilai RM3.371 bilion dalam penyata kewangan Felda,” katanya.

Beliau berkata kaedah perakaunan ini adalah mematuhi piawaian laporan kewangan negara.

Razali berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang ingin tahu berapa kerugian Felda secara langsung akibat jatuhnya nilai saham dalam FGV dan bagaimana Felda akan menyusun dan menguruskan kerugian itu.

Timbalan Menteri berkata Felda menyokong penuh pelan perniagaan FGV untuk menstabilkan harga saham dan aliran tunai syarikat itu.

“Seperti pegangan saham lain yang dimiliki oleh Felda, Felda tiada hak untuk mencampuri urus tadbir syarikat.

“Ini memandangkan syarikat ini merupakan syarikat senaraian awam yang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti,” katanya. – Malaysiakini

KLIK BACA: Syarikat milik kerajaan China, Syed Mokhtar minat beli FGV, lapor The Edge Market

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid



Tolong Komen & Share