Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengungkapkan ‘yang bermusuh dulu kini berdamai’ dan ‘yang berkawan dulu kini menjadi musuh’ bagi menyatakan keadaan politik hari ini sudah berubah.

Sambil mengambil dirinya sebagai contoh, Mahathir berkata walaupun telah melalui ranjau ‘sepak terajang’ politik sepanjang berada di dalam Umno, namun perbezaan dapat dilihat apabila kini beliau bersama ‘musuh-musuh’ Umno untuk menjatuhkan parti itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana di Kota Bharu, malam tadi.

Jelasnya, beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri atas kehendaknya sendiri, setelah memikirkan sudah lama memegang tampuk pemerintahan negara.

Ujar Mahathir, beliau menyokong Tun Abdullah Badawi sebagai pengganti, yang satu ketika dulu dianggap ‘musuh ketat’ kerana menyokong Tengku Razaleigh Hamzah untuk melawannya di dalam Umno.

Menurut Mahathir lagi, beliau tidak menyimpan dendam terhadap Abdullah dan menerima mereka semula dalam pentadbiran kerajaan. – KiniTV | MRM

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACAKhairuddin, Ezam tubuh parti baru lawan Najib di Pekan

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’



Tolong Komen & Share