Remaja bawah umur yang sedang bekerja di sebuah kedai makan di Kampung Raja, Besut mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 5 lelaki. – Foto hiasan FMT

TERENGGANU – KAMPUNG RAJA – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menerima nasib malang apabila didakwa menjadi mangsa rogol oleh lima lelaki di Kampung Keluang dekat sini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa yang merupakan gadis berusia 16 tahun dipercayai telah diperdaya oleh kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun sebelum diperkosa secara bergilir-gilir.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai makan di Kampung Raja, Besut telah dihubungi oleh abang angkatnya yang telah meminta dua rakannya yang menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hitam untuk menghantar semula gadis itu ke tempat kerja di kedai makan berkenaan.

“Begitu pun, dua lelaki tersebut telah membawa mangsa ke rumah sewa mereka dengan alasan kononnya untuk menukar pakaian. Selepas itu gadis tersebut dipaksa untuk memasuki rumah terbabit yang turut dihuni beberapa lelaki tidak dikenali sebelum dirogol secara bergilir-gilir,” katanya.

Portal Kosmo online melaporkan seramai lima pemuda ditahan hari ini kerana disyaki terlibat dalam perbuatan memperkosa secara berkumpulan seorang pembantu kedai bawah umur di sebuah rumah di Kampung Keluang, Besut semalam.


KLIK BACAPAS mahu mereka yang langgar baiah cerai isteri didakwa di mahkamah

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE