Kaji selidik yang dijalankan Transparency International (TI) mendapati rakyat Malaysia dan Vietnam memberikan persepsi yang menjurus kepada masalah rasuah yang paling teruk di negara masing-masing.

Kaji selidik yang diadakan dari 15 Julai 2015 hingga Januari tahun ini mendapat maklum balas daripada lebih 20,000 rakyat di 16 negara di rantau Asia Pasifik.

Soalan-soalan yang dikemukakan termasuk jika rakyat menganggap tahap rasuah mengalami perubahan, bagaimana kerajaan menentang rasuah, bagaimana tahap rasuah membabitkan pihak berkuasa dan jika masyarakat berkehendakkan untuk menentang rasuah.

Kaji selidik tersebut turut menanyakan responden sama ada mereka juga pernah memberikan rasuah.

Menurut kaji selidik itu, Malaysia dan Vietnam berada dalam kedudukan paling teruk, dengan tiada langsung satupun penarafan positif yang diberikan (ke atas soalan-soalan tersebut).

“Di negara-negara ini, kerajaan diberikan penarafan lemah dalam perjuangan menentang rasuah, rakyat melihat rasuah yang berleluasa di kalangan anggota polis selain ramai yang berpendapat rasuah semakin meningkat.

“Lima puluh sembilan peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat tahap rasuah telah meningkat,” kata TI dalam laporannya.

Berkenaan soalan sama ada tahap rasuah telah meningkat, Malaysia berada di tempat ketiga selepas China dan Indonesia.

Kepada soalan lain pula, 62 peratus rakyat Malaysia yang mengikuti kaji selidik itu merasakan bahawa kerajaan tidak memerangi rasuah dengan berkesan.

Negara-negara lain yang terlibat dalam kaji selidik itu ialah Korea Selatan, Hong Kong, India, Kemboja, Pakistan, Australia, Jepun, Taiwan, Myanmar, Sri Lanka dan Thailand. – Sumber: Malaysiakini

KLIK BACA: Panas pelaburan China – Bekas Brig Jen bantah himpunan Veteran Tentera jika ada unsur politik

KLIK BACA: Kenapa PM sendiri tak datang parlimen sahkan derma Arab, soal Tony Pua

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: “Saya yakin Nazri boleh beli kereta mewah, bangga perkecil kebolehan bangsa sendiri”, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Kalaulah laporan Audit bukan rahsia maka Rafizi tidak berisiko ke penjara….. – Mahfuz

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir


Tolong Komen & Share