Pas mencadangkan agar harga minyak di silingkan dahulu sebelum bermain dengan harga siling minyak, kata timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Foto FMT

Tuan Ibrahim berkata, cadangan kerajaan untuk mewujudkan harga siling untuk harga bahan api dan melepaskan tangan kepada para pengusaha stesen minyak untuk menentukan harga jualannya menimbulkan beberapa kemusykilan.

Pertama, kata beliau, apa bezanya harga jualan yang ditentukan kerajaan hari ini dengan harga siling yang bakal diumum nanti?

“Harga jualan hari ini sebenarnya adalah harga siling di mana syaratnya tiada siapa yang boleh menjual melepasi harga tersebut.  Ia boleh disebut juga sebagai harga minima yang boleh dijual kerana tiada stesen minyak di Malaysia yang pernah menjual di bawah paras itu setakat ini,” katanya.

Katanya, permainan harga siling bermaksud meletakkan had maksima pada harga jualan. Biasanya harga siling adalah lebih tinggi daripada harga pasaran sepatutnya untuk memberikan ruang untuk mewujudkan persaingan antara stesen minyak.

“Jika kerajaan ingin melaksanakan harga siling ini, ini bermaksud kerajaan akan terpaksa menetapkan harga jualan minyak maksima yang jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran, yakninya lebih tinggi daripada harga sekarang,” katanya.

Jika harga siling tidak lebih tinggi harga pasaran, maka tiada siapa yang akan bersaing kerana menganggap harga siling yang ditetapkan kerajaan itu ialah harga minima yang perlu dijual untuk mengekalkan keuntungan, jelas beliau.

“Pendek kata, sistem harga siling itu hanya akan membebankan rakyat kerana harga itu diyakini jauh melebihi harga pasaran dan menguntungkan lagi para pengusaha stesen minyak yang akan cenderung menganggapnya sebagai harga minima,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan, sebelum kerajaan bertegas juga untuk melaksanakan harga siling minyak, kerajaan perlu menimbangkan cara-cara lain untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Katanya, duit yang dijimatkan daripada penarikan subsidi minyak boleh digunakan untuk mengurangkan harga tol atau menyilingkan harga tol agar ia kekal sehingga tamatnya kontrak lebuhraya.

“Contohnya, sepatutnya kerajaan sudah dapat menamatkan tol Bentong dan Gombak yang telah lama beroperasi sejak 1970an yang menjadi punca utama kesesakan di musim perayaan,” katanya yang sering menggunakan kedua-dua tol itu untuk ke Kuala Lumpur dan pulang ke Pahang.

Beliau juga mencadangkan, kerajaan menetapkan harga perkhidmatan yang melibatkan kos pengangkutan bagi mengimbangi inflasi yang terhasil daripada harga minyak yang lebih tinggi.

“Jangan biar rakyat tertanya-tanya ke mana semua duit subsidi yang dijimatkan?,” katanya lapor Malaysia Dateline.

KLIK BACA: Tun Mahathir bertanding PRU14, kembali ke parlimen

KLIK BACA: Tiada seorang pun PM sejujur Tunku Abdul Rahman – ZAM

DIKEMASKININajib-Jho Low perkongsian ‘ali baba’ bagaimana pula, soal DAP

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE