Tun Dr Mahathir Mohamad diibaratkan sebagai seekor ‘harimau tua’ yang digeruni selama 22 tahun sepanjang beliau berkuasa tetapi sekarang sering kali mengeluarkan kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan politik atau nyanyuk.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata bekas perdana menteri sepatutnya bersara sepenuhnya kerana rakyat tidak mahu lagi mempercayai kata-katanya.

“Dulu ada ‘harimau Asia’ bernama Dr Mahathir yang digeruni semua orang, malah beliau sendiri mengakui dirinya seorang diktator sepanjang memegang tampuk kuasa selama 22 tahun.

“Harimau itu kini sudah tua sampai beliau suka sangat (pemimpin supremo DAP) Lim Kit Siang sehingga sanggup menerima individu yang dianggap sebagai pemimpin pembangkang untuk diangkat menjadi timbalan perdana menteri.

“Ini adalah agenda supaya anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz boleh menjadi perdana Menteri, selain sanggup bersekongkol dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan berjabat tangan dengannya sehingga menimbulkan tanda tanya adakah beliau sanggup menerima seorang pelaku homoseksual sebagai pemimpin Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, ini sekali gus menimbulkan persoalan Dr Mahathir sekadar berbohong atau tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan.

Malah katanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga mempersoalkan Dr Mahathir. –  Malaysiakini

Nota Ana Ghoib: Jikalau Mukhriz, Anwar, Kit Siang, Muhyiddin boleh mencari wang KWAP, KWSP, 1MDB itu kemana perginya silakan jadi pemimpin negara menggantikan mereka yang menyuruh kita berdiam diri dan bersekongkol.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Maha Tinggi Allah dan Tertinggilah Ia setinggi-tingginya

Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan – jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. – (A-li’Imraan 3:188-189)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. – (A-li’Imraan 3:185)

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s – Dream updated daily …. Be afraid. Be very afraid …

DIKEMASKINI: Profesor mana kata lawatan Raja Salman lenyapkan isu RM2.6 bilion?

DIKEMASKININajib tergamak perli kita riuh harga minyak naik 20sen, kata Raja Bahrin’

KLIK BACA: Azmin puji Tun Mahathir berani berdepan pengkritik

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

KLIK BACASalleh tersilap nasihat Tun Mahathir dengar teguran pedas Sultan Johor


Tolong Komen & Share