Dua adik-beradik yang akan menjalani hukuman gantung sampai mati esok membuat rayuan pengampunan daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam petisyen kepada baginda hari ini, kedua-dua mereka serta ibunya yang berusia 70 tahun merayu agar hukuman mati itu diringankan atau digantikan dengan penjara seumur hidup.

B Ramesh, 45, dan B Suthar, 40, didapati bersalah berhubung satu kes pembunuhan di Port Dickson yang berlaku 12 tahun lalu. Mereka telah menghabiskan segala peluang yang ada untuk membuat rayuan.

Hukuman itu dijadualkan pada jam 6 pagi esok di Penjara Kajang.

Peguam P Uthayakumar merayu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk mempertimbangkan fakta bahawa kedua-dua beradik itu telah menjalani hukuman penjara yang panjang dan ini cukup menyiksakan mereka dari segi mental dan fizikal.

Beliau berkata kedua-dua mereka juga mengalami masalah kesihatan kerana dikurung dalam sel yang sempit dan kotor tanpa akses kepada udara segar, cahaya matahari atau senaman di kawasan penjara.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, kedua-dua beradik itu tidak mempunyai rekod jenayah dan bahawa mereka telah berkelakuan baik sepanjang di dalam penjara.

Mereka kini juga mendekati ajaran agama dan amat menyesali perbuatan lampau mereka. – Malaysiakini

KLIK BACASalleh nasihat Tun Mahathir dengar teguran pedas Sultan Johor – Ana Ghoib

KLIK BACA: Mahkamah AS benarkan DOJ jual hotel Jho Low

KLIK BACA: Kenapa PKR mahu Zeti kepalai RCI ke atas 1MDB???

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

TERKINI: ‘Najib perlu letak jawatan jika bukan penjawat awam’ – Faiz Fadzil

MESTI BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’


Tolong Komen & Share