Kereta Audi Q7 hadiah kepada isteri yang mana Khairuddin Aman Razali mengatakan ia dibeli dari sumber pendapatan yang sah. – Foto Ataspagar Blog

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata beliau mempunyai hak untuk membeli kereta Audi Q7 yang jika dibeli baharu bernilai setengah juta ringgit untuk isterinya.

Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, dipetik berkata isu itu telah diperbesar-besarkan untuk mengalihkan perhatian daripada pindaan Rang Undang-Undang Syariah (RUU 355) yang dicadangkan parti Islam itu.

“Ini adalah isu kecil. Saya mempunyai hak untuk membeli apa-apa yang saya mahu. Saya juga boleh membeli sebuah lori atau kapal terbang, ia bukan urusan mereka,” katanya seperti dilapor The Star Online hari ini.

Khairuddin turut menyelar ” pengguna media sosial ” yang suka memilih isu tersebut.

“Saya membeli kereta menggunakan sumber yang sah dan saya mampu,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila pengguna Facebook Datin Norhayati Abd Malek, yang dirujuk sebagai isteri Khairuddin, menyiarkan gambar Audi Q7, mengatakan bahawa ia adalah “hadiah” dari suaminya.

Walau bagaimanapun,tidak diketahui jika kereta itu baru dibeli atau dari pemilik sebelumnya.

Satu lagi posting di laman Facebook beliau menunjukkan Khairuddin dan anak-anak mereka berjalan di pantai di mana dia berkata dia adalah isteri “YB Kuala Nerus”.

Khairuddin dan Norhayati diketahui menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan. – Malaysia Dateline | MRM

TERKINI: ‘Najib perlu letak jawatan jika bukan penjawat awam’ – Faiz Fadzil

MESTI BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACAPAS: Husam ‘Kaki Auta’, Penakut Berdebat Isu Baiah

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Najib masih ada otak yang kuat dan hebat, kata Ketua UMNO Kepong

KLIK BACA: Jual Proton kepada syarikat asing, Najib apa kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share